Wednesday, March 19, 2014

Spekulasi

Aku suka berita sensasi, macam MH370. Baru nampak rupanya orang Malaysia nie sangat bijak  dan penuh imiginasi.

Ada yang boleh come out hingga 100 point kenapa, bagaimana, siapa, dengan apa, dan segala persoalan. Jika semua persoalan sudah dijawab kenapa masih bingung kita berpikir. Adakah ini kesan sel - sel otak berhubung kerana terlalu banyak sangat menonton filem action, penyiasatan dan permianan video.



Ada juga hingga imiginasi itu membawa kepada perbuatan. Buah kelapa, gayung, pendayung, dan teropong ajaib. Mungkin kerana terlalu berfikir. 

Pernah tak terjadi pada korang, rakan sekelas or teman sekolah. Tiba - tiba bertindak diluar jangkaan. Macam kisah sorang classmate aku waktu form 3 dulu. 

Aku tak tau mana nak mula. Yang aku boleh kata. 1 pagi, dia lewat ke sekolah, terus pergi pejabat dan cakap dekat kerani tue, dia dah lambat untuk menduduki PMR. Sedangkan PMR lebih kurang 3 bulan lagi. 

Kerani tue, suruh dia duduk dulu di meja yang ada computer di depannya. Sementara cari mana - mana guru boleh bantu member aku tue. Waktu cikgu sampai, nampak dia seperti menaip sesuatu pada keyboard computer sedangkan komputer tersebut langsung tak di switch on. 

Bila cikgu tanya apa dia buat, terus dia jawab dia dah kesuntukkan masa, tengah jawab PMR. Cikgu terus speechless takut mengganggu  emosi dia, lalu dibiarkan saja, dengan pengawasan. Bila dah behenti tangan dia menaip, cikgu tanya lagi. Dah habis dah ke? 

Dia jawab dah dan terasa macam penat. Kebetulan pejabat terletak betul2 depan surau. Jadi cikgu suruh dia masuk dalam surau dan berehat. 

Bila cikgu jenguk apa dia buat dalam surau, rupanya dia dia tengah solat. Bila dah selesai beri salam cikgu tanya lagi. Tadi solat apa? Dia jawab solat Zuhur. Sedangkan jam baru pukul  10 pagi. 

Dengan tak pikir banyak cikgu terus call parents dia dan seterusnya, aku dah lupa apa jadi dekat dia. Yang aku ingat Girlfriend dia terus mintak clash. 

Tahun yang sama, classmate akak aku, tiba- tiba cakap sorang- sorang pasal fizik depan information board dan gelak- gelak. Tau - tau, dah tak datang sekolah lepas tue. 

Ada orang cakap sebab dorang terlalu risau dan banyak berfikir. Entah, aku malas nak ambil tahu. 

Aku tak tau apa kaitan cerita aku nie dengan keyboard warrior yang bijak merumus kes MH307.

Yang aku tau, kalau kita tidak berkenaan tak payah menyebuk serabutkan otak pikir teori dan  praktical berkenaan kejadian ini. Tak payah asal boleh sangkut je fakta. Biar mereka yang ariff menjalankan tugas. Yang kita boleh bantu adalah DOA dan KURANGKAN SPEKULASI untuk elak percanggahan maklumat. 

Jangan asal orang up teori, kita pun nak up teori jugak. Tak membantu pun kalau pegang HIT banyak - banyak sebab nak kejar KEYWORD. 

12 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. wahh peliknya kejadian tu.. alaaa rugi pula taktahu apa ending dia.. terlalu berfikir? hmm

ewanthology said...

ramai dah yang mereng sebab banyak bebenor memikir.

Lizzie Yasmin said...

@SheilaSalaim: mungkin kita dah agak apa ending dia.

Lizzie Yasmin said...

@ewanthology: Otak tak mampu support, lalu terbakar fius.

Syazwan Che Deraman said...

yup.setuju tu.baik diam dan berdoa dari share benda yang tak tahu kesahihan,

Aisya A. said...

classmate sy pun lebih kurang mcm tu jugak.. masa form 3, pelik semacam perangai.. huhu.. terlalu risau agaknya, tak dapat nak beza mana realiti dan mana yg dalam kepala dia je kot.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tak pernah up entri pasal MH370 di blog.. tapi suka juga baca entri di blog orang.. apa-apa pun, kita teruskan berdoa untuk MH370..

♥ Nana BamBam ♥ said...

As'salam,

kasihan betul bila ada kawan jadi begitu,
terlalu memikirkan sehingga bertindak di luar jangkaan...

apa2 pun...jangan spekulasi. .bahaye..huhu

Cik Yaya said...

salam..

yup..btul tu..perkara yg kita xtau xperlu la nak fikir bnyk2 ttg tu..entah betul atau tidak perkara tu, biar masa yg tntukan yg pnting bnykkan doa dan tawakkal..

ProfHariz said...

Noted to myself

Ikhlas,
profhariz.com

LydSunshine said...

anehnya budak yg lambat jawab pmr yg solat zohor kul 10 tu. Kenapa dia jadi mcm tu. Tapi saya faham maksud awak.. Kalau takde kaitan atau tak tau cerita sebenar lebih baik dok diam je. Ye tak,

aswadz said...

kes yg hang citer tuh, mgkn sbb mental breakdown kot atas sbb2 tertentu. bab keyboard warrior yg buat spekulasi2 nih, mgkn sbb byk sgt tgk video the arrivals ngan mengkaji teori freemason ngan illuminati.