Thursday, April 10, 2014

Backpacker: Butterworth - Bangkok via train

Finally, azam zaman bila tah, akhirnya terlaksana jua. Iaitu azam untuk backpacker. .

Backpacker kali nie aku menghala ke Utara Semanjung, seterusnya ke negara jiran iaitu ke Bangkok, Thailand. Sebagai cabaran, perjalanan pergi dimulakan dengan menaiki bus ke Butterworth seterusnya menaiki TRAIN ke Bangkok.

Kenapa aku pilih ke Butterworth , adalah untuk menjimatkan masa. Boleh jer Kalau naik train dari Kuala Lumpur - Hadyai- Bangkok. Tapi sila pikir tentang masa yang terbuang. 

Perjalanan menaiki train ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 22 jam keseluruhannya. Bukan sebab nak jimatkan kos kehapa, tapi memang impian aku untuk menaiki train untuk perjalanan jauh. Boleh tengok permandangan negara jiran dengan lebih dekat. Tambahan pulak, ada yang kata, perkhidmatan train negara jiran adalah antara yang terbaik. 

Bus dari KL jam 9:30 pagi, tiba di Butterworth dalam jam 1:00 petang. Jadi aku ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit lagi, sebelum keretapi tiba. Tiket keretapi  jam 2:30 petang. Perjalanan keretapi dari  Butterworth ke Bangkok hanya sekali sehari sahaja. Iaitu jam 2:30 petang. Tiket keretapi boleh dibeli di mana - mana stesen KTMB, tapi bukan di stesen komuter. Tapi  kene ingat, tiket adalah terhad. Sila beli beberapa minggu awal, terutama perjalanan korang melibatkan musim cuti.  


Harga ticket adalah seperti berikut. Sila paham ini, harga ticket bergantung pada katil anda pada malam hari. Ticket katil tingkat bawah adalah lebih mahal dari katil atas. Katil bawah juga lebih luar dari atas. Bila siangnya, ticket atas dan bawah seperti tiada beza, kerana korang akan duduk bertentangan. Jika perjalanan ber-2, ber4, or ber-6, sila beli ticket ticket, 1 bawah dan 1 atas, supaya dapat duduk bersama. Class adalah sama sahaja, tiada kelas 1, 2 mahupun 3. (untuk perjalanan Butterworth - Bangkok, Hadyai  - Bangkok aku tak tahu plak) 

Siang: 1 seat, seorang.
pic: Google 

Untuk yang tak tahu, stesen bus Butterworth dan stesen keretapi Butterworth adalah cuma lebih kurang 200meter sahaja. Memang tak jauh pun nak jalan kaki, cuma tanya orang, arah menghala ke stesen saja sudah cukup, memandangkan stesen keretapi agak tersorok sedikit, kerana masih dalam  proses menaiktaraf ketika ini. Begitu juga terminal ferry. Semua sekitar situ jer. 

Jadual perjalanan sebenarnya tak berapa menentu bergantung juga pada kelewatan yang tidak disengajakan. Ketetapi aku mengalami kelewatan selama 2 jam. Jadi jadual perjalanan baru adalah pada jam 4:30 petang. 

Jika cuaca baik, aku, cadangkan dalam masa 2 jam tak payah buang masa termenung hapa. Ada baiknya, naik ferry, sewa basikal, terus terjah street art dekat Penang. Bukan jauh mana pun. Itu cuma cadangan aku saja. Tapi untuk yang cergas, mampu bergerak pantas sahaja. 2 jam macam - macam boleh buat, cuma jaga timing jer. Takut ada yang terlepas keretapi pulak nanti. 

Tapi nasib memang tak menyebelahi aku, untuk buat semua tue, kerana cuaca betul - betul dengki. Sebaik saja masuk stesen keretapi, hujan turun serupa tiada maaf bagi mu. Jadi activiti aku cuma..... 


Membuta.  

Tepat jam 4:30pm, officer start calling - calling penumpang ke Bangkok sila ikut dia. Kerana tempat menunggu sementara (sementara stesen baru siap) dan platform adalah bukan berada di tempat yang sama.


Beginilar rupa train Butterworth - Bangkok. Cuma terdapat 2 gerabak yang setiap 1 gerabak terdapat lebih kurang 40 seat. Itu sebabnya aku cakap, seat dia limited. 

Ting tong ting tong, pukul 5:30 jugak  baru dia gerak. 12:00 tengah malam sampai border chop passport. 2:30 keesokkan harinya baru sampai Bangkok. 

Aku tak pasti samaada aku akan sambung lagi  atau tak, entry back packer ni. Tapi di sini suka untuk aku share beberapa tips dan point kalau ada yang merancang untuk Bagpacker ke Bangkok melalui keretapi. 

1) Sediakan tukaran duit lebih awal. (money changer dekat Stesen agak cekik darah)

2) Sedia makanan secukupnya, terutama orang islam. (dalam train ada jual makanan tapi tidak halal). Kalau boleh bungkus nasi goreng, roti, air mineral, air kotak, or apa saja untuk kunyah - kunyah dalam train. Ini bukan joke, bila malam mungkin kita tak sempat untuk makan malam, jadi nasi goreng boleh tampung perut dari kebulur.  Esok pagi, boleh makan roti. 

Naik train malam adalah super membosankan, kunyah - kunyak mungkin boleh membantu dari bosan. (Dekat stesen butterworth ada food court, boleh tapau dari sana) 

3) Kalau boleh jumpa water heater bersaiz mini sila beli. Jangan risau, dalam train ada plug point. Cuma bawak international adaptor sahaja. Boleh lar, makan maggi dengan bahagia. 

4) Ulangan, PLUG POINT disediakan dalam train (sila bawak international adaptor, untuk cas handphone dan sebagainya. Keselamatan jangan risau. Kalau dapat segerabak dengan mat salleh, dorang tak der nafsu nak mencuri barang ko pun. 

5) Ada gerabak kantin, tapi tidak halal. Kalau takat nak mintak air panas untuk maggi tak der masalah, tapi kene hadap pelayan yang tak berapa mesra alam. Mungkin kerana faktor bahasa. 10 bath untuk air panas (RM1)

6) Bawak toiletries, boleh je mandi dalam train kalau korang mampu tahan ayungan. (Aku ok jer mandi dalam toilet tue, cuma kene jaga skit bila train berhenti, dan sila jauhi dari bandar) 

7) Bawak selipar. Senang untuk bergerak. 

8) Bila malam, seat, yang korang duduk akan ditarik menjadi katil oleh pekerja yang terlibat. 

Train attendant sedang menyediakan katil. 

Tidur dalam train adalah sangat selesa, terutama yang berada di tingkat bawah.

Malam, harinya. 

9) Sweater tak  berapa nak perlu sangat. Dalam train di sediakan selimut. Yang risau tentang kebersihan, sila pikir semula. Selimut baru bukak dari plastic dan masih berbau dobi. 

Nampak tak, betapa sayang nya aku dengan selimut dia. Dah pagi, waktu kemas - kemas aku terbagi sekali selimut. Bila tidur, tiba - tiba terasa ada orang letak selimut atas badan aku. Rupanya Attendant tue letakkan selimut, sebab nampak aku merekot. Terharu, selimut baru bukak lagi. 

10) Esok paginya, sediakan camera dan jangan lupa shoot gambar cantik pemandangan sawah padi yang luas terbentang, kampung - kampung dan stesen yang unik. 

Taken, dari pintu belakang train waktu nak pergi toilet. 
Via Samsung Note Only. 


11) Plan your route early, survey perjalanan, kemudahan transport awam, tempat menarik, makanan halal dan hotel terlebih dahulu. 

**********
Kalau ada kerajinan aku share macam mana aku rancang perjalanan dan how i been an expert in Bangkok, hanya dengan bantuan internet. 

InshaAllah perjalanan backpacket seterusnya ke Vietnam via train juga Doakan. Masih dalam kepala lagi. 
Kalau ada yang sporting nak ikut, jom kita buat perancangan dari sekarang. Budget jangan risau, aku jenis LOW-COST je. 





25 comments:

Time Traveller said...

Bila baca entry nie.. Terkenang kembali menaiki train yang sama hujung tahun lepas.. dari bangkok ke Butterworth.. :D

t.a.t.a said...

Ni kalau jenis yang no hal memang boleh je gamble backpacking semua. Tapi kalau ladies yang ala.. susah la tu, susah la ni..

Puh lisss la.. pi main jauh².

Asha Lya said...

seronoknya prjalanan...lya tak pernah naik train ke bangkok

Niesa said...

seronoknyaa pg bangkok guna train..teruja sgt2 baca entry ni rasa mcm teringin nk pg jugak..hahaha..next entry please share brapa buget boleh x?hehe..kot2 boleh la survey mayb 1 day boleh ikut jejak awk..heee..tq! :*

Kakzakie said...

Kakak tak pernah merasa naik train tau. LRT adalah sebab kat S'pore banyak LRT. Teringin sangat walau dah tua ni.. Tengok tidur pun nampak selesa betul. Lizz pergi solo-solo ke?

n O e s u h a i m i said...

wahhh bes ni lizz...noe ada gak plan ngan hubby nk backpacker ni...tp masih x jadi lagi...

suesue said...

apesal best gile nih? nakk ikut!! if my brain serve me right, from my place to bangkok naik train about 18 hours.. (bukit kayu hitam--->bangkok)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lizzie, wallah. aku teringin sangat nak bagpacker gini. hehee nampaknya semua tu jadi angan2 je. hahaha share lagi pengalaman. bestnya baca entri orang merantau. singgah menabung lenovo sini~~~

Mizz Aiza said...

seronoknya.. dah lama tak naik train.. teringin juga nak pergi bangkok, tak pernah sampai sana lagi..

Chot said...

nak ikotttt!!

Anonymous said...

nak tanya anda balik dengan train juga? ticket dari bangkok boleh beli kat kl sentral juga? Terima kasih

SuKeAtIAkuLa said...

alamak...lambat plak jumpe blog ni.seriusly saya nak ikot awak pegi vietnam. if belum pergi boleh la contact saya kat email - [email protected]

Anonymous said...

Assalamualaikum nak join gak nak tour ke vietnam...boleh tolong contact saya x-
0176705237 (Shah)
Thanks.

Anonymous said...

Assalam.. Nk tya mcm mna nk beli tiket utk blk malaysia?

Hasmiera Hashim said...

Hai. Baru lepas travel ke Vietnam. Terasa nak pegi lagi. Nanti kalau ada trip, invite saya ye.

[email protected]

Siti Nurzafirah said...

baru terbaca... nak join jugak trip ke Vietnam...

email ea.. [email protected]

Duan Dawsonn said...

Hi awak.Saya pon teringin nk backpackers ni cuma tak de member lagi.Tu yg tak syok ni.Now awk sndri dah invite,so jom kte pegi.Awk blh contact sye kt email ni untuk tindakan lanjut ye.
[email protected]

Mohd Rashdan Roszalli said...

kalo ade pecahan belanja untuk trip ni amatlah membantu...

Boy said...

Seronoknya... saya pun ngah rancang2 nk backpaker ngan train je. Target.. nak lalui silk road.. ada rezeki mana tau terjumpa mana2. Hai2 la. Huhu

Boy said...

Lupa plak bagi no. 0192757963. Whatsapp la kalau ada trip ek by train. By plane sy kureng sket. Huhu..

Ahmad Firdaus Din said...

Mcm menarik ja. Boleh kongsi trip yg lain x? Boleh bg itinerary di bangkok. Hotel mna yg menarik dan murah.

Anonymous said...

Saya berminat juga 017-331 6684

mohamad aimaduddin said...

Saya berminat jugak ke vietnam. Boleh whatsapp sy x 0177001400.tq

Rudy Tabbotti said...

Salam...add fb.. rudy tab..boleh join sama

Rudy Tabbotti said...

Salam...add fb.. rudy tab..boleh join sama