Thursday, April 24, 2014

Next

Next event, Damansara Street Fest Ep2 akan diadakan di Empire Damansara.  Dengar cerita Ep1 di The Strand Kota Damansara, hari tue boleh tahan koyak jugak para peniaga. Serbuan tanpa henti. Macam macam jenis peniaga ada, kemain havoc lagi katanya. Waktu tue, aku tak join sebab aku ada event dekat Matic 360 tue. 

Sebenarnya aku memang ternanti - nanti sapa yang bakal organise event dekat Empire Damansara nie. Dulu dok area sana, hari- hari adore tempat tue walaupun belum siap lagi. Setiap kali lalu mesti intai, apa isi dalam dan tertanya bagaimana hasilnya banggunan nie nanti. 

Nampaknya ada jugak yang berani cucuk jarum lamar kawasan nie untuk jadi medan Bazaar. Aku tak boleh berkata tidak.

InshaAllah aku akan turut serta dalam event nie. Aku ajak sekali sepupu aku join. Dorang jual monopod and shuttle. Kalau nak tau, harga monopod dan shuttle dorang adalah paling murah dari yang lain. Aku dah survey dulu dah.

Ini sebenarnya medan berkumpulnya peniaga - peniaga online. Tak semua barang yang ada jual di bazaar nie, ada di atas kedai. Kebanyakannya adalah rekaan sendiri, dah harga of coz lar jauh lebih murah. Sedikit rahsia yang boleh aku share adalah. Selalunya peniaga akan turunkan semua harga barang, mau tak cair tengok pembeli merayu mintak murah. Kalau online kitaorang kebal skit sebab ada skrin laptop or handphone lagipun postage nak  kene bayar. 

Sapa yang teringin nak ushar tempat nie, inilah masanya. Tak perlu malu datang tanpa tujuan semata nak amik gambar. Waktu event ramai skit orang, jadi tak segan sangat nak bergambar.

Nah, gambar bakar skit. Kalau tak tau celah mana tempat nie. Dia dekat Menara Mustafa Kamal, Damansara Perdana. 






Cari aku dekat sana, 
3 dan 4 May 2014 
Empire Damansara

Sekian. 


18 comments:

t.a.t.a said...

Chot dengan KB pergi tak agak² nya. Minta dia rembat apa yang patut.

nor hidayah mohd nor said...

Wahhh, selalu nak pergi tempat ni, tapi asyik tak jadi. suka tengok payung2 yang banyak tu. hehehe

Cik Hanizk said...

wahh.. nice place.. payung2 warna warni :)

Kakzakie said...

Mesti ramai yg teruja. Kalau dekat nak juga meninjau sama...

Lizzie Yasmin said...

T.A.T.:cuba ko paksa dorang pegi.. hahaha

Lizzie Yasmin said...

Nor Hidayah: Datang lar waktu event, tak segan sangat nk berjalan, boleh shopping sekali.

Lizzie Yasmin said...

Cik Hanizk: Cantik kan, sapa kata Malaysia tak der tempat best

Lizzie Yasmin said...

Kakzakie: Kalau turun KL boleh lar datang tinjau. Melawat kawasan.

n O e s u h a i m i said...

wahh nampak cantik tempat tu...apa2 pun moga sukses lizzie

Chot said...

tu kne tata tu turun skali la.hahah..
mcm best je tgk join event2 gini.
tp kalo wiken tu mmg susah nk kata.
k.sue pon xpenah ada free time wiken..tu nnt. nak pegi jugak nnt 1 hari

t.a.t.a said...

Alaa chot, aku ni kan pemalu. Huhuhu. Kau lupa ke?

Lizzie Yasmin said...

Kak Chot: Nanti InshaAllah, Liz join waktu hari belia. Hehehe Datang lar.

ewanthology said...

senoga menjadi bisneswomen yg berjaya.

Fazlin Rashid said...

Lawanyaaa tempat nyyy tapi macam jauh jea nak pergi . walaupun dekat tapi jauh . haa TxT

Chot said...

hari belia..? bila? putrajaya?

Lizzie Yasmin said...

Kak Chot: Yes Putrajaya, 23 24 25/May. Msg jap, boleh deal biz, tgh cari partner boleh share booth... Kenapa no Kak Chot tak der watsapp.

n O e s u h a i m i said...

singgah di hari labor day..hv a nice day ...

Daddy Ziyyad said...

penuh dgn undangan kawinnnnnnnn !! :P