Tuesday, April 1, 2014

Perempuan

Kami perempuan sering dianggap  lemah oleh sesetengah lelaki kolot. Kononnya kami tak mampu berdiri tengah panas jaga trafik jika kereta mengalami kerosakkan di tengah jalan, jumper kereta akibat beteri kong, tolak kereta ketepi, angkat kotak A4 10 rim, pindah barang, membaiki barang elektronik, menebas semak, panjat pokok selamatkan kucing, basuh periuk/kawah di kenduri kendara, pergi site, panjat tower crane, dan banyak lagi, kalau nak taip tak habis cerita nie karang.

Kami sebenarnya mampu buat semua tue, cuma peribadi kami sebagai wanita yang menolak untuk melakukan semua tue untuk sesetengah dari kami. Bukan apa, kadang - kadang ada diantara dari kami sangat menjaga kulit, tangan, dan kesihatan.

Menjaga kulit nie bukan mudah. Makan collagen mampu buat kulit kami nampak glowing. Jika terdedah pada matahari fungsi collagen itu akan musnah begitu saja, dan mengambil masa berhari untuk dibaiki. Maklum lar collagen nie bukan murah, boleh tahan jugak harganya, bulan - bulan mau jugak Rm200  paling cikai. Memang ada sun block, tapi sejauh  mana dia berkerja, kita pun susah nak percaya. Bagi kami, kulit yang cantik adalah first impression orang lain terhadap kami, sama seperti lelaki, body yang tegap bidang or apa sajalah adalah confident korang. Sebab tue kami sanggup berabis untuk pelembab, lotion, toner, serum, dan apa istilah yang kadang lelaki jadi bingung.

Itu baru hal  kulit, belum masuk bab menjaga kesihatan. Aku tak pasti sama ada adalah mitos or benar. Tapi kami dilarang melakukan activiti yang terlalu berat, seperti angkat barang berat dan sebagainya. Kerana ada yang kata, kalau angkat barang berat nanti  susah nak beranak, peranakan akan turun.

Ada jugak antara kami mampu jer angkat barang berat, tapi lepas tue pasti kene tocher dengan mak -  mak. Yang tak boleh angkat tue, mungkin dorang cuma nak bermanja, dan memang tak mampu angkat pun, sebab jarang training, dan dibiasakan.

Otak kami tak secomplex lelaki, cara pemikiran kita berbeza. Kita pun sudah tahu apa yang beza. Kami perempuan memang tak berapa tertarik sangat dalam bab apa yang laki suka, tapi kami menghormati apa yang korang suka. Tapi  ada kadang, aku pelik, kenapa lelaki tak menghormati apa yang kami suka, dan mudah memperlekehkan.

Owh mungkin ada antara kami jugak suka perlekeh laki kot.



Kami nampak saja macam susah nak paham. Terutama bab penampilan, pemilihan barang dan lain - lain yang melibatkan penilitian. Tapi kami sebenarnya biasa - biasa saja. Kami suka yang sedap dilihat oleh kami dan jugak sedap dilihat oleh orang lain juga. Sebab tue lar ada kadang kami susah nak buat keputusan dalam bab memilih, sebab suka sangat pikir apa orang kata. lain dari korang lelaki, asal sedap  dimata korang, dah kira proceed. Aku pun suka cara korang, tapi nak buat macam mana dah nama pun perempuan. Memang begitu lar diakhirnya.

Pernah waktu KLVF 2013 baru nie, ada sorang brother jiran meniaga aku tanya.

"Perempuan nie apa yer korang rasa time shopping? abang tengok perempuan kalau tengok baju macam nampak belian,, bersinar je mata, automatic muka macam senyum sorang - sorang. Abang perati jer orang yang masuk kedai korang nie, semua macam tue. Teruja semacam. Bini abang tak payah katalar.. kalau tanya kang kene marah, nanti kata abang berkira tak mau bayar" 

Aku senyum je, tak tahu nak explain apa. Cuma aku cakap, "abang, apa perasaan abang bila tengok barang mainan  yang pelik macam apa yang abang jual nie?" Abang tue jual barang permainan lama, rare, dan patung aksi (anime) Japan.

Mana - mana jantina pun kalau suka sesuatu, memang akan terpancar perasaan excitednya itu. Kami perempuan tak semestinya suka benda yang mahal dan branded. Benda bundle pun kami boleh jer layan kalau cantik, murah dan yang penting lain dari lain. Kami macam anti skit lar, kalau sama dengan orang lain.

Kami suka benda feeling - feeling, seperti drama romantic, membaca novel dan kisah sedih  Sebab kami boleh kata sangat concern dengan keliling, suka peningkan diri sendiri dengan hal bukan - bukan. Kalau boleh, semua benda nak letakkan diri sendiri pada situasi tersebut. Lepas tue, mula emo feeling terlebih lalu bermain air mata tak kene gaya.

Hati kami memang begitu, cepat tersentuh, mungkin sebab jiwa keibuan kot. Kenelah dengan korang lelaki, yang contra dari sifat kami. Kalau korang pun berjiwa keibuaan, sapa pulak nak ajar anak main bola sepak,  dan menukang-kan.

Tapi kalau dilihat zaman sekarang banyak dari kami makin tabah dan nampak cekal. Bukan untuk melawan sapa gagah, tapi lebih pada mencabar diri sendiri. Melakukan apa yang boleh hingga limit terakhir. Jadi apa yang kami harapkan adalah, sokongan dari kamu - kamu lelaki untuk tidak memperlekehkan. Kerana kami mengaku ada kerja seperti memasak dan mendeko, korang lebih master dan awesome dari kami.

Sekian.

9 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Perempuan kalau lemah, takkan melahirkan anak...betul tak? huhu

t.a.t.a said...

I am one of those ladies whom can do all those works. Tapi selalu nya aku pilih untuk tidak buat sesetengah perkara itu sebab ada lelaki di samping aku yang boleh buat kan untuk aku. If there is no man around, then I will be doing it on my own.

Baru-baru ni ada customer tanya aku, ni kalau bos atau technician tiada, siapa yang buat servis. Aku jawab, saya yang buat. Dia tanya balik, Pandai ke buat?

Cheh, very skeptical that guy. I just smiled aje la.

babYpose said...

perempuan boleh buat tapi membiarkan lelaki buat baru lelaki rasa hero dan perempuan maintan feminine :) nak jadi cantik tu perempuan, nak yang cantik tu lelaki.

Amanda Suria said...

Masih lagi ada lelaki kuno yang ingat wanita ni lemah...contoh SA sendiri la...9 tahun as a single mom...alhamdulillah SA yakin SA bertambah kuat dengan sokongan dari pelbagai pihak, SA la mak SA la ayah SA pun anak sulong SA kakak dan SA bekerja...syukur allah bagi kekuatan...

O'gosh Iskandar said...

actually...perempuan ke..lelaki ke...sama je kuat dia..it's how u handle things buat orang judge differently....anyway, we need each other...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.. rasanya pada zaman sekarang lelaki dan perempuan harus saling lengkap-melengkapi..

ewanthology said...

bersyukur dilahirkan sebagai lelaki.... x perlu banyak beralasan.....oppsss

n O e s u h a i m i said...

mmg berbeza lelaki dan perempuan...yg penting try to understand each other...

Time Traveller said...

Setiap kejayaan seseorang lelaki itu di dorong oleh seseorang wanita :D