Wednesday, May 7, 2014

Pengalaman: Hujan

Kalau baca entry aku yang lepas udah digembar - gemburkan bahawasanya aku akan menyertai event Damansara Street Fest Ep.2. Tak nafikan eventnya boleh tahan hebat, dengan kepelbagaian vendor dan jugak turut disertakan dengan hiburan dari artis - artis jemputan, dari pada indie hinggalah yang baru nak naik nama. Termasuklah, rancanngan SIS di yang disiarkan diTV9 membuat jualan amal, untuk Pendidikan Kanak - Kanak Pelarian Rohinya.

Kalau korang berada di kawasan barat tanah air, mesti tahu yang sekarang nie, asal petang jer hujan rahmat turun menderau. Dari panas terik membahang, tiba - tiba saja boleh berubah, gelap gelita, turut disertakan angin kencang 90darjah baru disusuli dengan hujan. Kalau nasib  baik, dia bagi sekali dengan petir sambung menyambung. Alhamdulillah, 1 day memang tak der petir, tapi yang lain ada. 

Udahlah location tapak aku adalah paling startegik untuk membolot kawasan extra dan mengembangkan tanah jajahan, iaitu di penghujung khemah. Ia jugak paling startegik untuk dihantam angin kuat dan hujan. 

Dapat dilihat betapa bolotan tanah jajahan. Walaupun di tengah panas terik, aku rela, dari berimpit dalam khemah sempit. Kita kasi skit space kat orang sebelah. Bila hujan, orang sebelah dengan baik hati bagi space kita masuk semula. Dan siap tolong apa yang patut. Itulah spirit bertimbang rasa dan tolak ansur. 
Dear orang sebelah, Saya sayang awak. 

Waktu 360 last time pun hujan jugak, tapi aku rasa tak lar seteruk ini. Walaupun keliling adalah banggunan , tapi siapa sangka angin pun mampu sesat tak jumpa jalan keluar bila memasuki satu - satu kawasan hingga menyebabkan ia berpusing sambil nervous untuk keluar. 

Canvas dah disediakan dari awal, konon takut baju basah, tapi sebaik - baik perangcangan kau, Hebat lagi perancangan Dia. Sapa sangka angin dicelahan banggunan mampu menumbangkan semua rak kau yang konon kukuh, lebih hebat lagi, dia masuk dalam khemah dan bikin onar kepada peniaga dalam yang kononnya selamat dengan kaedah yang sama. Maka bersepahlah baju mereka di terbangkan angin. 

Alhamdulillah, walaupun canvas tak dapat nak menampung angin kuat, tapi dengan daya manusia ini, yang gigih pegang/pijak railing dengan pemberat manusia dan canvas pada masa yang sama,  yang mampu  terima cumalah  tempiasan hujan bagai renjis - renjis di pilis. 

Sekental - kental aku dan along menahan  baju dari basah, kental lagi si pengacara SIS TV9  (AmyNadia) shopping dalam hujan. Aku rasa memang Allah kesiankan kitaorang, yang dah kuyup, kasut serupa boleh perah. Sambil pegang railing yang nak terbang, sambil juga layan Si Amy pilih baju dengan sebelah tangan. 

Settle jer hujan, matahari memang tak bersinar, sebab dah malam. Yang bersinar cumalah, jalan basah kene tempiasan lampu spotlinght. Tiba - tiba ramai pulak customer datang. Betullah, orang kata hujan itu rahmat, hujan itu pembawa rezeki.

Aku memang tak merungut sebab hujan, cuma hari ke2 aku berdoa agar tidak hujan, sebab nak keringkan baju - baju aku yang lembab. 

Hari ke 2, tanda - tanda memang ada, sekejap gelap, sekejap terang. Sekejap.. 1 2 titik, sekejap angin kencang hinggakan rambut palsu mampu terbang. Tapi akhirnya cuaca baik hingga malam. 

Pada siapa yang sudi datang aku nak ucapkan Terima Kasih. Tak pasti samaada ada pembaca belog ada yang datang atau tidak. Yang pasti ada follower Insta: UsFaminnileVintageCloset yang datang berebut baju vintage kesukaan ramai. Sebab tuan punya malas nak upload gambar baju di Insta.  

Kalau ada pembaca belog datang, sila maklumkan pada aku depan - depan tu jugak. Yang Awak pembaca belog kudus ini. InshaAllah harga boleh adjust kalau amik banyak. 

Kita jumpa lagi event lain. InshaAllah. 

11 comments:

ewanthology said...

masyuk tak?

lieyalatif said...

skrang mmg musim hujan petang...selebatnye2 kadang2 tu...lieya mmg laju2 pulun drive kejar amik anak2..

alhamdulillah.... Allah telah memudahkan urusan sis...

Lizzie Yasmin said...

Ewanthology: Ehem - ehem, tersedak saya.

Jay Ar said...

Di Utara juga sekarang ni musim hujan. Ketika jejari ini sedang menaip ni pun di luar jendela masih berbunyi suara hujan...

Sylarius Yusof said...

Meniaga kat gerai ni, jiwa memang kena kental. Pernah jugak dulu saya ada pengalaman niaga air. Time hujan ribut, memang kena banyak bertabah. Kalau jiwa tak kental, memang susah nak pegi jauh.

Lizzie Yasmin said...

Lieyalatif: pulun - pulun jugak, hati-hati di jalan raya k.

Lizzie Yasmin said...

Jay Ar: Hujan bersuara..

Petak Bunga said...

oh..tq drop blog aku yg x seberapa..
aku juga penjual brg vintage asalnya..adus..sekarg dah lama x berupdate sejak dah tua2 ni..
x tau mna aku nak campak stok ada lagi setongkol tak berbuka..

kalau kau rasa ada sapa nak plez beritahu aku..

btwn.. seronok dpt jupa blog ni.

i'm shin... i'm inesen said...

one word "KENTAL"

Lizzie Yasmin said...

Petak Bunga; Aku pun seronok jumpa belog ko, siap masuk list lagi. hahaha.. Terima Kasih TATA. Tak silap dari bw blog dia rasanya.

Lizzie Yasmin said...

Shin; Kental lar sangat, sampai nak terpintal dah pun.