Thursday, May 8, 2014

Penjual Ubat Segera

Asal kau sebut sakit dia datang sebutkan ubatnya.
Asal kau sebut kau mengandung dia datang sebut supplimentnya.
Asal kau sebut anak kau tak kenyang terpaksa bagi susu fomular, dia datang bagi pertolongan.
Asal kau sebut kau gemuk, dia bagi kau kurus.
Asal kau sebut kulit kusam, rambut, gugur, sembelit, angin banyak, tak cukup rehat, kuku pecah, tulang rapuh, sakit pinggang, suami tak  kuat, mata kabur, anak tak bijak, anak tak  mau makan, semua sebut jer. Tiba - tiba dia  datang sampuk. Serupa doctor.

Tak payah kau cari, up saja dekat status FB, TWITTER kau. Nanti tiba - tiba dia datang komen serupa tiada kene mengena. Mungkin itu cara peniaga. Akak aku pun peniaga suppliment jugak. Tapi aku rasa peniaga - peniaga haruslah bersifat casual tak payah lar terlalu terdesak sangat sebab UV kau bulan nie tak cukup lagi untuk peroleh bonus.

Mungkin kau fikir kau cukup casual, tapi pikir kalau orang buat dekat kau. Rasa sesuatu tak. Ala perasaan macam tak best, serupa rasa nak maki pun tak, nak terajang pun tak..  Alaaaaa....atau nama lain dia adalah ANNOY.

Kalau kene dengan BFF aku yang tengah morning sickness  mengandung tue, mau dia muntah depan kau. Sebab salah satu alahan dia adalah hadap orang Annoy. Dia punya tahap alah ANNOY tue sampai ke tahap. Anak dia yang super talkative asyik cakap tak berhenti, tengah pok pek terus dia termuntah depan budak tue. Tercengang tak tercengang nya dia.  Nampak tak tahap tue. Tue belum lagi Annoy dengan mak cik kedai tom yam yang keje dia bebel tak tentu pasal. Nah amik rasakan, dalam mangkuk tom yam dia kasi kau.


Sudah - sudah, terpesong dari landasan sebenar entry ni.

Lagi 1, kalau orang tanya 1, kau jawab 10. Joke yang selalu aku adik beradik guna dengan akak aku adalah. "Kan dah keluar ayat peniaga" tak payah nak keluarkan ayat peniaga sangat boleh?. Ada kadang tue, kau tak paham pun apa yang kau jual. Takat copy paste penerangan kau rasa dah cukup. No, i don't thing so.

Apa salahnya terang dengan cara sendiri. Apa yang kau faham, apa yang kau sendiri experience. Tak perlu meleret - leret sangat. Kalau ubat kurus tue, semata tukang bagi kau berak apa yang kau makan pagi tadi cakap jer terus. Tak payah tukar fakta cakap dia boleh bagi kurus. Aku memang tak sokong benda tue. Sebab tak semua react dia sama.

Bukan aku tak sokong peniaga online, aku sokong gila - gila kot. Sebab aku juga peniaga online. Tapi bila bab posting tue, aku amatlar berjaga - jaga. Sebab aku jugak adalah pengguna laman social. Aku jugak terasa loya bila tengok posting meleret, dari atas ke bawah dari semua dari kau sorang jer. Dah tue, jenis main share jer, sehari berapa puluh kali ko nak share benda yang sama labuuuuu..  Dah sampai muak membaca, apa ke bendanya tue. Mungkin kau rasa itu jer cara nak tarik perhatian orang, tapi tahukan anda yang tue jugak salah 1 cara orang tiba- tiba unfriend/ unfollow unlike page kau.

Kalau rasa susah, bukak saja account instagram kita main hashtag, tak der annoy sangat. Cuma 1 nasihat, tak payah lar pi spam page artis nak promote barang korang. Kesian. buat jadi bahan maki jer.

Sekian.

Tahukan anda SPAM jugak adalah jenama makanan dalam tin di Amerika. 
Memang SPAM betul lar kau nie.. 









6 comments:

ewanthology said...

nak meniaga, tapi x kena tempat.

LydSunshine said...

ok lagi kalo peniaga tu hanya share, share dan share. kalo seploh kali dia share, seploh kali dia tag nama kita, lagi le berbulu bebola mata kita nak tgk. aku pun mmg sgt rimas dgn penjual suppliment yg semua penyakit mampu disembuhkan dgn ubat dia tu. apa ajaib sungguh ubat tu. dan yg paling sedih kalo org yg jual tu sendiri pun tka pakai produk tu pastu tetibe pompangpompang dok kata bagus.

Sylarius Yusof said...

Paling menyampah, iklan ubat kuat lelaki. Testimoni semua bunyi lucah tak hingat punya sebab konon nak promote produk.

t.a.t.a said...

Kalau sebut kita tak cukup duit, tak pulak depa dok datang, kan?

ddJaafar said...

betul la.
memang kalau peniaga gitu selalu jadi bahan la kalau kt fb.pantang up status "penat".."letih".."sakit"..

konpem keluar segala ubat ubatan dia yang super power tu.nyampah gila.

Khamsi Abdullah said...

Saya kalau orang tag saya kat barang niaga..saya tag je balik kat page Amran Fans.