Friday, May 16, 2014

Sedekah

Salam Hari Jumaat. Tiba- tiba pakai selendang tepis kiri kanan, menginsafi apa yang telah berlaku moga menjadi  insan yang lebih baik dari pada semalam.

Kisah nie terjadi dekat aku dalam beberapa minggu lepas. Tapi bila dipikirkan balik itulah hikmah bila kita bersedekah.

Hari  tue, aku pergi pasar malam, yang aku perasan memang dah kering kontang wallet aku, sebab dah hujung bulan, gaji yang patut masuk hari tue tiba - tiba terdelay atas kesalahan sendiri. Cuma ada terselit beberapa keping duit warna biru dicelahan bag.

Dalam hati konon nak makan puttu mayam beli RM2 dah boleh makan sampai kenyang, lazat pun boleh tahan jugak. Waktu bersesak di cari puttu payam  pujaan kalbu, tiba- tiba ternampak 2 orang pasangan buta mengaji tetengah orang ramai, sambil menjual tisu. Memang tak best untuk aku  gelar dorang peminta sedekah, sebab aku rasa dorang berkerja jugak. Bekerja dengan menghiburkan orang di situ.

Secara automatic aku godek bag yang selalunya payah benau nak jumpa wallet sebab bag aku kemain kedabak, tercapai beberapa keping wang kertas, terus letak dekat tangan si isteri pasangan tersebut. Waktu tue memang tak ingat langsung yang aku cuma ada beberapa sen jer dalam bag.

Waktu nak bayar putu mayam, baru teringat yang aku mungkin tak cukup duit nak bayar. Tapi bukak - bukak wallet aku terus tercengang bila nampak note Rm50 dalam wallet aku. Seingat aku, aku memang dah settlekan note RM50 semalam lagi. Tapi mana datangnya duit nie.

Sekian.

4 comments:

t.a.t.a said...

Allahuakbar Lizz. Kun fayakun.

GP said...

TING! ada rm50. Aku yang letak ekceli. Masa kau ke tandas masa kita g makan meatball IKEA tu. Kan kan? Hah aku letak masa tu laaa.

Lizzie Yasmin said...

GP: Dah lama tak makan meatball. JOM

Chot said...

:))
Semoga dimurahkan rezeki lizz..
tetiba teringat jaman dolu2 time lepak shakeys :))