Wednesday, May 28, 2014

Kronologi Kisah Rambut Gugur Aku

Susah nak jumpa perempuan sempurna yang tiada langsung masalah pada kesihatan dalaman. Tak masalah kulit berjerawat, masalah keputihan, keguguran ramput, migrain, sengugut teruk, datang bulan tidak teratur, sungul, moody, kulit kusam, dan sebagainya pasti  ada. Aku tak faham apa yang orang dulu  - dulu makan sampai dorang tak pernah pun ada masalah macam nie.

Arwah nenek aku, meninggal pada umur 70++ dengan boleh kira berapa uban atas kepala. Dan tak pernah nampak rambut tersumbat di lubang tandas selepas dia mandi. Kalau dibandingkan zaman arwah dengan zaman sekarang, lagi macam - macam fomular shampoo di pasaran, Setiap jenama ada anti hair fall yang berkesan atau tidak korang sendiri boleh tau.

Sumber Google

Keguguran rambut aku dikesan sejak aku study kolej. Kalau dulu dok rumah kampung lantai pakai tikar getah gelap kot lar tak pernah nampak rambut gugur. Tapi since dok hostel, lantai kemain mosaic putih. Setiap kali sikat ramput, penuh lantai dengan rambut. Itu baru sorang punya kepala dalam bilik aku ada 4 kepala yang turut mengalami masalah  sama. Itu baru dalam bilik. Kalau dalam rumah tue ada 8 orang, bayangkan lar, berapa banyak rambut yang terhasil.

Sampai pernah sekali, saluran air dalam bilik shower tersumbat, bila panggil abang maintenance yang di tarik keluar dari lubang tue adalah segugus rambut yang boleh mewakili 1 kepala punya rambut.

Since kerja, kira dah berduit skit. Mula beli macam - macam product konon untuk elak rambut gugur. Ada kadang shampoo sampai beratus pun aku pernah beli. Consume berbotol - botol konon kalau guna sebotol belum tentu membuahkan hasil. Jangan kata buah, bunga pun tak nampak bayang.

Nasib baik lar aku jenis hormon agak activ, rambut still grow walaupun gugur. Jadi tak der lar nampak kesan nak botak ke hapa. Cuma segan kot wei, rambut ko bersepah kat lantai. Sampaikan aku jadi tak suka pergi cuci rambut dekat salon sebab, setiap kali amoi tue akan tegur rambut aku gugur banyak. Dan dan jugak lar nak suggest treatment rambut gugur,  padahal dah berkali - kali aku cuba dan hasilnya BUANG DUIT SAJA.

Petua apa yang aku tak buat. Selang 3 hari lumur telur, lumur daun bunga raya, pucuk rambutan, santan, santan masam, minyak kelapa, minyak kelapa dara, olive oil campur lemon, yogurt, limau nipis, pisang apa lagi. Memang dah try , still nehi - nehi.

Jangan tak tau shampoo terlajak laris pun aku try. Sampai dah 2 bulan nie aku asyik beli yang expired ke hapa. Bau dia mak air, kalah kain buruk kene rendam air. Sampai aku buat report jumpa dealer bagai do compare segala,  nasib baik tak sempat jumpa Datuk apa tah waktu Event Vendour di Stadium Melawati itu hari. Kalau tak mesti terus dia amik aku jadi duta dia. Bukan nak kata product dia tak bagus, aku rasa at least 30%  dari keguguran rambut aku dah berkurangan. Tapi masih tak dapat menghalangnya.

Dah dekat setahun jugak aku ada dengar product jenis supplement nie. Konon boleh atasi masalah rambut gugur. Tapi nak beli dengan tak beli sama banyak, sebab aku susah sikit nak percaya doctor - doctor express dari laman social nie. Hasil testimoni pun tak pernah nampak pun. So sifat kepercayaan tue kurang lar skit.

Since akak aku dah start terpengaruh dengan ubat - ubat kurus, tiba-  -tiba dia plak tertry pulak dari syarikat pengeluar yang sama, dan terus jadi ahli. At least jadi ahli dapat lar sedikit discount, bukan nak meniaga and make annoy dekat page orang pun, lepas pakai sendiri pun jadi lar. Alang - alang dia jadi ahli, aku mintak lar dia order kan sekali Zink Complex yang dah lama aku usha tue.

Padahal aku tak tau pun fungsi zink dalam badan manusia. Yang aku baca, dari description pengedar - pengedar kononnya dia mampu elakkan rambut gugur dan mencantikkan kuku.,  Kejadahnya kuku cantik aku bukan peduli pun pasal kuku pun, asal bersih aku dah cakap cantik. Harga pun bukan mahal pun. Memang mampu milik pun. Makan pun tak susah sebijik sehari makan pagi - pagi. Dalam ada 120 biji. mampu tahan dalam 4 bulan.

Tak payah tunggu minggu pertama aku makan, dalam 3 hari awal tue. Aku dah nampak kesan dia. Selalunya kalau ko cuci ramput, dan ko pakai conditioner masa ko usap - usap rambut dengan conditioner tue, tangan kau dah berselirat dengan rambut masuk celah lari. Lagi kau tarik lari banyak keluar, sebab conditioner kan licin. Memang senang rambut kusut lerai.

Sumber Google

Pasrah tak pasrah kau alirkan saja tangan kau dekat air, biar rambut tue pergi dengan rela. Lepas mandi mula lar proses kutip rambut dekat lubang air. Ada kadang kene kuis sikit rambut tue, sebab air tak mau lalu rambut dah tutup aliran air.

Nie bukan ayat peniaga ok, nie memang ayat aku sebagai pengguna yang agak impress. 3 hari aku makan memang tak der langsung drama tue waktu mandi. Rambut gugur masa conditioner pun cuma 2 3 helai saja. Kalau dulu bilik kene sapu hari - hari sebab rambut penuh lantai , tapi sekarang sapu seminggu sekali pun tak der hal.

Sekarang aku masih experiment, tunggu rambut aku tebal semula. Kalau dan start tebal memang aku nak bagi award kat Shaklee untuk product Zink Complex.
Kalau dulu aku cakap sebijik pill tak mungkin mampu rawat luaran. Tapi sekarang aku percaya.

Kalau korang kata elleh sebelum nie korang makan ubat kurus Shaklee tak kurus - kurus pun. Itu aku taktau. Sebab aku bukan makan ubat kurus dia. Aku cuma makan Zink Complex dari Shaklee saja.

Tapi kawan along makan set kurus Shaklee bukan badan dia makin kurus, tapi period dia makin teratur.
How.

Sekian


(entry ini tidak dibenarkan copy untuk tujuan pemasaran korang. Mintak izin dulu ) 


Tak jumpa egen Shaklee boleh cari dia nie. 
(Klik) Cik Nutrisi  


Monday, May 26, 2014

BERTERIMA KASIH

Kawan kawan yang kenal aku mungkin tahu yang aku bukan lar seorang cat person. Dia dekat aku lari, dia sondol aku jerit. Bukan aku takut, aku cuma geli tah pah apa je dengan binatang berbulu nie.

Sejak 2 3 tahun nie mak aku di kampung start bela kucing pelarian yang datang singgah kat rumah, nak tak nak, sekeras-keras batu  akhirnya berlekuk juga bila terkena air. Bukan makin mesra dengan kucing at least aku start boleh terima kehadiran dia asal dia tak terkam aku cukup.

Semalam waktu tengah lunch dekat sambal hijau sg. pencala tue. Tiba - tiba aku terkejut ada seekor kucing duduk atas kerusi sebelah aku, elok je hadap aku makan. Bila aku tengok, dia dan dan buat muka kesian.

Aku terus kepak separuh ikan dan dicampak ke lantai. Tak pe rezeki sama - sama kita kongsi.  Geli - geli aku pun aku still manusia, ada lagi sifat kemanusian kot.

Tak lama lepas tue, aku rasa ada benda soft tepuk peha aku. Sekali lagi si kucing tadi hadap muka aku dan sambil kelip mata. Aku suspect dia lapar lagi.

Mintak pulak ikan along campak ke lantai konon nak bagi dekat dia. Dah lama skit aku paling tengok bawah ikan masih di situ kucing lesap entah ke mana.

Kalau lapar mesti ikan ke-dua udah dijamahnya. Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa, teguran ke2 tadi adalah untuk ucapkan TERIMA KASIH. 

Waktu nak balik aku perasan kucing tue duduk bawak pasu sambil mata kuyu nak tido.

Nampaknya Allah buka lagi 1 pintu hati aku. Binatang pun pandai berbudi.

SEKIAN.



Friday, May 16, 2014

Sedekah

Salam Hari Jumaat. Tiba- tiba pakai selendang tepis kiri kanan, menginsafi apa yang telah berlaku moga menjadi  insan yang lebih baik dari pada semalam.

Kisah nie terjadi dekat aku dalam beberapa minggu lepas. Tapi bila dipikirkan balik itulah hikmah bila kita bersedekah.

Hari  tue, aku pergi pasar malam, yang aku perasan memang dah kering kontang wallet aku, sebab dah hujung bulan, gaji yang patut masuk hari tue tiba - tiba terdelay atas kesalahan sendiri. Cuma ada terselit beberapa keping duit warna biru dicelahan bag.

Dalam hati konon nak makan puttu mayam beli RM2 dah boleh makan sampai kenyang, lazat pun boleh tahan jugak. Waktu bersesak di cari puttu payam  pujaan kalbu, tiba- tiba ternampak 2 orang pasangan buta mengaji tetengah orang ramai, sambil menjual tisu. Memang tak best untuk aku  gelar dorang peminta sedekah, sebab aku rasa dorang berkerja jugak. Bekerja dengan menghiburkan orang di situ.

Secara automatic aku godek bag yang selalunya payah benau nak jumpa wallet sebab bag aku kemain kedabak, tercapai beberapa keping wang kertas, terus letak dekat tangan si isteri pasangan tersebut. Waktu tue memang tak ingat langsung yang aku cuma ada beberapa sen jer dalam bag.

Waktu nak bayar putu mayam, baru teringat yang aku mungkin tak cukup duit nak bayar. Tapi bukak - bukak wallet aku terus tercengang bila nampak note Rm50 dalam wallet aku. Seingat aku, aku memang dah settlekan note RM50 semalam lagi. Tapi mana datangnya duit nie.

Sekian.

Thursday, May 8, 2014

Penjual Ubat Segera

Asal kau sebut sakit dia datang sebutkan ubatnya.
Asal kau sebut kau mengandung dia datang sebut supplimentnya.
Asal kau sebut anak kau tak kenyang terpaksa bagi susu fomular, dia datang bagi pertolongan.
Asal kau sebut kau gemuk, dia bagi kau kurus.
Asal kau sebut kulit kusam, rambut, gugur, sembelit, angin banyak, tak cukup rehat, kuku pecah, tulang rapuh, sakit pinggang, suami tak  kuat, mata kabur, anak tak bijak, anak tak  mau makan, semua sebut jer. Tiba - tiba dia  datang sampuk. Serupa doctor.

Tak payah kau cari, up saja dekat status FB, TWITTER kau. Nanti tiba - tiba dia datang komen serupa tiada kene mengena. Mungkin itu cara peniaga. Akak aku pun peniaga suppliment jugak. Tapi aku rasa peniaga - peniaga haruslah bersifat casual tak payah lar terlalu terdesak sangat sebab UV kau bulan nie tak cukup lagi untuk peroleh bonus.

Mungkin kau fikir kau cukup casual, tapi pikir kalau orang buat dekat kau. Rasa sesuatu tak. Ala perasaan macam tak best, serupa rasa nak maki pun tak, nak terajang pun tak..  Alaaaaa....atau nama lain dia adalah ANNOY.

Kalau kene dengan BFF aku yang tengah morning sickness  mengandung tue, mau dia muntah depan kau. Sebab salah satu alahan dia adalah hadap orang Annoy. Dia punya tahap alah ANNOY tue sampai ke tahap. Anak dia yang super talkative asyik cakap tak berhenti, tengah pok pek terus dia termuntah depan budak tue. Tercengang tak tercengang nya dia.  Nampak tak tahap tue. Tue belum lagi Annoy dengan mak cik kedai tom yam yang keje dia bebel tak tentu pasal. Nah amik rasakan, dalam mangkuk tom yam dia kasi kau.


Sudah - sudah, terpesong dari landasan sebenar entry ni.

Lagi 1, kalau orang tanya 1, kau jawab 10. Joke yang selalu aku adik beradik guna dengan akak aku adalah. "Kan dah keluar ayat peniaga" tak payah nak keluarkan ayat peniaga sangat boleh?. Ada kadang tue, kau tak paham pun apa yang kau jual. Takat copy paste penerangan kau rasa dah cukup. No, i don't thing so.

Apa salahnya terang dengan cara sendiri. Apa yang kau faham, apa yang kau sendiri experience. Tak perlu meleret - leret sangat. Kalau ubat kurus tue, semata tukang bagi kau berak apa yang kau makan pagi tadi cakap jer terus. Tak payah tukar fakta cakap dia boleh bagi kurus. Aku memang tak sokong benda tue. Sebab tak semua react dia sama.

Bukan aku tak sokong peniaga online, aku sokong gila - gila kot. Sebab aku juga peniaga online. Tapi bila bab posting tue, aku amatlar berjaga - jaga. Sebab aku jugak adalah pengguna laman social. Aku jugak terasa loya bila tengok posting meleret, dari atas ke bawah dari semua dari kau sorang jer. Dah tue, jenis main share jer, sehari berapa puluh kali ko nak share benda yang sama labuuuuu..  Dah sampai muak membaca, apa ke bendanya tue. Mungkin kau rasa itu jer cara nak tarik perhatian orang, tapi tahukan anda yang tue jugak salah 1 cara orang tiba- tiba unfriend/ unfollow unlike page kau.

Kalau rasa susah, bukak saja account instagram kita main hashtag, tak der annoy sangat. Cuma 1 nasihat, tak payah lar pi spam page artis nak promote barang korang. Kesian. buat jadi bahan maki jer.

Sekian.

Tahukan anda SPAM jugak adalah jenama makanan dalam tin di Amerika. 
Memang SPAM betul lar kau nie.. 









Wednesday, May 7, 2014

Pengalaman: Hujan

Kalau baca entry aku yang lepas udah digembar - gemburkan bahawasanya aku akan menyertai event Damansara Street Fest Ep.2. Tak nafikan eventnya boleh tahan hebat, dengan kepelbagaian vendor dan jugak turut disertakan dengan hiburan dari artis - artis jemputan, dari pada indie hinggalah yang baru nak naik nama. Termasuklah, rancanngan SIS di yang disiarkan diTV9 membuat jualan amal, untuk Pendidikan Kanak - Kanak Pelarian Rohinya.

Kalau korang berada di kawasan barat tanah air, mesti tahu yang sekarang nie, asal petang jer hujan rahmat turun menderau. Dari panas terik membahang, tiba - tiba saja boleh berubah, gelap gelita, turut disertakan angin kencang 90darjah baru disusuli dengan hujan. Kalau nasib  baik, dia bagi sekali dengan petir sambung menyambung. Alhamdulillah, 1 day memang tak der petir, tapi yang lain ada. 

Udahlah location tapak aku adalah paling startegik untuk membolot kawasan extra dan mengembangkan tanah jajahan, iaitu di penghujung khemah. Ia jugak paling startegik untuk dihantam angin kuat dan hujan. 

Dapat dilihat betapa bolotan tanah jajahan. Walaupun di tengah panas terik, aku rela, dari berimpit dalam khemah sempit. Kita kasi skit space kat orang sebelah. Bila hujan, orang sebelah dengan baik hati bagi space kita masuk semula. Dan siap tolong apa yang patut. Itulah spirit bertimbang rasa dan tolak ansur. 
Dear orang sebelah, Saya sayang awak. 

Waktu 360 last time pun hujan jugak, tapi aku rasa tak lar seteruk ini. Walaupun keliling adalah banggunan , tapi siapa sangka angin pun mampu sesat tak jumpa jalan keluar bila memasuki satu - satu kawasan hingga menyebabkan ia berpusing sambil nervous untuk keluar. 

Canvas dah disediakan dari awal, konon takut baju basah, tapi sebaik - baik perangcangan kau, Hebat lagi perancangan Dia. Sapa sangka angin dicelahan banggunan mampu menumbangkan semua rak kau yang konon kukuh, lebih hebat lagi, dia masuk dalam khemah dan bikin onar kepada peniaga dalam yang kononnya selamat dengan kaedah yang sama. Maka bersepahlah baju mereka di terbangkan angin. 

Alhamdulillah, walaupun canvas tak dapat nak menampung angin kuat, tapi dengan daya manusia ini, yang gigih pegang/pijak railing dengan pemberat manusia dan canvas pada masa yang sama,  yang mampu  terima cumalah  tempiasan hujan bagai renjis - renjis di pilis. 

Sekental - kental aku dan along menahan  baju dari basah, kental lagi si pengacara SIS TV9  (AmyNadia) shopping dalam hujan. Aku rasa memang Allah kesiankan kitaorang, yang dah kuyup, kasut serupa boleh perah. Sambil pegang railing yang nak terbang, sambil juga layan Si Amy pilih baju dengan sebelah tangan. 

Settle jer hujan, matahari memang tak bersinar, sebab dah malam. Yang bersinar cumalah, jalan basah kene tempiasan lampu spotlinght. Tiba - tiba ramai pulak customer datang. Betullah, orang kata hujan itu rahmat, hujan itu pembawa rezeki.

Aku memang tak merungut sebab hujan, cuma hari ke2 aku berdoa agar tidak hujan, sebab nak keringkan baju - baju aku yang lembab. 

Hari ke 2, tanda - tanda memang ada, sekejap gelap, sekejap terang. Sekejap.. 1 2 titik, sekejap angin kencang hinggakan rambut palsu mampu terbang. Tapi akhirnya cuaca baik hingga malam. 

Pada siapa yang sudi datang aku nak ucapkan Terima Kasih. Tak pasti samaada ada pembaca belog ada yang datang atau tidak. Yang pasti ada follower Insta: UsFaminnileVintageCloset yang datang berebut baju vintage kesukaan ramai. Sebab tuan punya malas nak upload gambar baju di Insta.  

Kalau ada pembaca belog datang, sila maklumkan pada aku depan - depan tu jugak. Yang Awak pembaca belog kudus ini. InshaAllah harga boleh adjust kalau amik banyak. 

Kita jumpa lagi event lain. InshaAllah.