Monday, March 2, 2015

Kucing Mak Aku.

Ada aku cerita pasal kucing mak aku, si pick eater yang perasan diri dia adalah bukan seekor kucing tapi half manusia. Banyak boleh aku describe-kan tentang dia, si penggeli, si suka mandi, si ratu lilin, si diva, dan Mrs. Arrogant.

 Untuk pengetahuan aku bukan lar pencinta binatang berbulu seperti kucing. Aku lebih kepada si pemerhati je, bila tengok kucing. Rasa geram pada kecomelan memang ada, tapi naluri aku lebih kepada GELI dengan bulu halus yang suka bersepah tue. Dan disebabkan itu, boleh disimpulkan bahawa AKU TAK BERAPA SUKA KUCING sebab geli. (sorry pada pencinta kucing)

Tutup sekejap cerita di atas.


************************

Cuti panjang Raya Cina baru nie kan, aku balik kampung. Aman tenteram hidup walaupun tidur petang sering diganggu dengan bahang panas akibat daripada pertukaran monson.

Memang dah dijangka perjalanan pulang semula ke KL akan mengalami kesesakan melampau. Jadi aku dan along plan untuk gerak seawal jam 8 pagi. (awal lar bagi aku) Tapi biasalar melayu, tong teng tong teng jam 9 baru gerak. Sempat lar makan breakfast sekeluarga pagi tu.

Bila disebut sekeluarga, maka termasuk lar si kucing mak aku yang diberui gelaran Baby. Menu dia macam biasa nasi putuh  gaul bersama ikan kembung rebus yang direbus bersama secubit garam sebagai penambah rasa.

Seawal perjalanan, kami berhenti beberapa kali. Pertama di Masjid dekat dengan rumah, untuk salam abah. Sebab lepas makan dia terus keluar untuk pergi bersihkan masjid.

Perhentian ke2 adalah di Hentian Bukit Merah untuk isi minyak dan pam tayar. Maklum lar perjalanan jauh, minyak haruslar cukup, sebab depan kita tak tau jem macam mana, kang ada yang tersadai di tepi jalan buat iklan.

Manakala hentian ke3 adalah Hentian Sungai Perak, sebab along cakap perut tak berapa sedap. Aku pun on je, boleh beli buah.  Panas - panas makan buah memang masyuk. Jarak Hentian Sungai Perak dengan rumah aku  boleh  dikatakan ambil masa 45 min perjalanan jika perjalanan lancar.

Waktu nak mulakan semula perjalanan, tiba - tiba seekor makhluk muncul dari bawah di celahan dashboard depan sambil mengeow.

Reaksi perempuan tak der lain,  adalah menjerit. Bila along tanya kenapa, dah dua - dua terpekit dalam keta macam kene histeria. Nasib baik abang JPJ sebelah tak ketuk tingkap tanya apa khabar,

"apa kau buat dalam keta nie Baby? " antonasi menjerit

Kalau ikutkan jarak gamble untuk patah balik memang lar tak berapa jauh, lebih kurang ke KLIA je, tapi bila di plus minus-kan jarak dengan jem di Terowong Merorah, patah balik melalui Ipoh, dan kesesakkan yang bakal di tempuh akibat bilangan kereta di highway makin meningkat. KAMI BLUR. 

Dalam fikiran kosong, kami teruskan perjalanan. Sambil tue call mak, bagi tahu dan mintak pandangan. Belum apa - apa lagi dah tergelak besar orang tua tue. Memang dah di jangka mak suruh bela sekejap. Cuti sekolah bulan 3 dia datang amik bawak balik.

Dalam perjalanan menempuh jem dan panas terik sesekali terpacul soalan dan kata - kata rawak di tujukan pada si kucing, yang membawa kepada gelak besar kami 2 beradik.

"Baby, kenapa kau dalam keta...... kau buat apa? "

"Nie nak nalik KL tau, bukan nak pergi ecosave"

Nampak kereta sebelah                 "Bang, abang nak kucing?" 

"Baby, jangan berak dalam keta?" Sambil cuak tengok condition dia

"Padan muka lepas nie tak dapat tido dengan abah" 

" Habislar kau, boiprend cari tak jumpa" 

"Baby, kau nak lari dari rumah ke?" 

"Nak jadi orang KL ke?" 

etc

Dari 3 jam 1/2 perjalanan, kerana kesesakkan melampau membawa ke 8 jam. Sedikit demi sedikit otak waras mula berfikir.  Sampai KL kene cari Cage, pasir kucing dan makanan kucing. Si kucing kampung kene belajar dok apartment. Pembahagian kerja, along buang taik kucing aku tolong sediakan makanan. SETTLE

Itu memang senang nak pikir, tapi masalah timbul bila otw ke KL. Cuaca makin panas, aircond makin tak berasa mungkin sebab gas. Nafas makin makin sesak, lidah si kucing mula tersentel, Kejap -  kejap keluar mengeow lemah, mungkin dia dah panas membahang. Port bawah kerusi memang bukan pilihan bijak.

Dia dah mula kelihatan trauma, kenapa tak sampai - sampai lagi. Angkat letak atas back sit, lari ke bawah balik. Bagi air tak minum terpaksa basahkan towel bagi dia landing atas tue. Sah takut.


Nasib lar kau kucing, sapa suruh kau cari port salah untuk landing lepas makan. Bila masa dia masuk pun tak tau. Pandai plak cari ruang tersorok, dah boleh jadi KOMANDO dah nie.

Sampai KL jam 5 lebih terus shoot cari cage, pasir kucing dan makanan dia. No ikan for a while (malas nak cari sebab dah penat) blaja - blaja lar jadi kucing bando.

Masuk je rumah, terus tak bergerak. Dapat kekuatan skit, semua benda dia cium. "apasal tak der bau yang dikenali pun" 

Pantang ada bunyi pelik, TERKEJUT, bawah kerusi dia lari. Mujur tak der sakit jangtung. kalau tak dah lama kojol.

Itu belum lagi bunyi vacum, bersepah lari tak cukup tanah.

Malam pertama dan ke 2 tempatya adalah di dalam toilet. Takut berak.

Nie dah beberapa hari dah  mula teror, berak kencing di pasir yang disediakan, makanan pandai cari dalam cage. Semalam hari pertama tidak kurung dalam toilet. Nasib baik kau cepat belajar.


Kesian bila tengok dia macam teringat rumah. Sekali sekala panjat tingkap tengok luar. 

Tingkap kene salu tutup takut ada kejadiah bunuh diri. 


BTW lupa nak bagi tahu, kucing nie adalah ibu mengandung. 
Jangan lar terberanak kat KL, 
akak tak der pengalaman dek. Geli meremang bulu roma. 

Tapi masalah sekarang adalah, dia jenis suka meleseh dan landing/tido dekat tangan abah. Dekat sini sapa nak layan. Kami berdua adalah pengeli. Hai hai bye bye boleh lar, nak usap - usap harap maklum.


Sekian kisah horor aku, "orang dengar macam tak der apa".



THINK POSITIVE: 
Mungkin ada hikmah Allah nak bagio pada kebetulan nie. 
InshaAllah 














2 comments:

SARINA SHAKLEE said...

ni ke kucingnyer....nampak kesiannnnn

Lizzie Yasmin said...

Sarina: Ye kak na, nie lar dia.