Tuesday, March 10, 2015

Kawasan Kemalangan

Siapa ingat papan tanda kawasan kemalangan. ?

Kalau tanya budak sekarang confim dorang cuma tau papan tanda berhati - hati di jalan raya iaitu lambang lembu. Padahal aku tak tahu apa rasionalnya gambar lembu di tengah - tengah highway. Bagi aku tak sampai pun massage dia kerana boleh membawa pelbagai maksud, Lembu Melintas, Kawasan Penternakkan, dan boleh jadi juga, Awas Lembu Liar. 

Mungkin imiginasi budak sekarang terlalu tinggi, sering dimomokkan dan menjaga sensitiviti menyebabkan kerajaan terpaksa memansuhkan papan tanda kawasan kemalangan yang kepala tengkorak itu. "Jap sapa yang sensitive dengan kepala skull tue? Black metal ke?"  


Entah bila dan bagai mana dorang cabut pun tak tau. Sedar tak sedar tau tau hilang je papan tanda nie dari pandangan. Tempat lain pun dah tak ada. Terasa sapa ada simpan benda alah nie, sila lar bagi kat aku, sebab aku rasa dia rare gila dah kot. Aku kan suka benda karut. 

Dulu papan tanda nie ada betul - betul, depan rumah jiran aku. Aku tak pasti kenapa dorang letak si lambang tengkorak yang membawa maksud kawasan kemalangan dekat situ, sedangkan jalan lurus je, tak jugak berlopak, dalam 200 meter baru ada simpang 3. Yang pasti ada beberapa kes kemalangan pernah dilaporkan di kawasan itu. Termasuklah kemangan yang melibatkan betul - betul bawah tiang papan tanda tersebut. 

*************

Hari tue hari jumaat. Selalunya hari jumaat selalunya membawa penuh senyuman pada keluarga En Mat Nor. Satu kerana semua anak -  anak cuti, (Kedah cuti Jumat Sabtu) ke2 sebab hari pasar malam. Maka si ibu jugak turut gembira sebab malam tak payah masak, boleh makan luar. 

Yong tau fuu, putu mayam, roti arab, sate, putu bamboo, candos, apam balik, cendol, tau foo fah, pulut udang, keow teow goreng cili lebih, semua dalam kepala.

Si bapak dan maknya dah laju kedepan dengan menaiki moto honda lampu bulatnya, tinggal 2 anak berbasikal mengekor di belakang. Zaman itu memang tak perlu risau kes penculikkan, rogol ke hapa. Kerana ketika itu belum wujud lagi laman sesawang lucah yang buat si hidung belang rasa tersiksa mencari mangsa. Lagipun kawasan kampung, sekali jerit satu kampung menyala lampunya. 

Si kakak sudah ke kedapan tinggal si adik mengayuh dengan penuh imiginasi dalam kotak. Tiba - tiba terasa melayang.  Terbang ke hadapan bagaikan superman terasa angin menyapa pipi lalu jatuh bedebub. 

Buka mata sedar - sedar di bawah tiang, bangun dan terus berdiri dengan barannya terus terpekik "Woi  buta ka?" Mata masih belum jelas, usap mata nampak senior yang merupakan musuh tradisi. Mungkin belum hilang birat dibadannya kes 3 hari lepas. Tiba - tiba bertembung lagi. 

Aku tak tau apa sebenarnya belaku, (find ini memang kisah aku, tak payah nak mukadimah over sangat) tapi yang aku tahu, aku baru saja terlibat dengan kemalangan di antara basikal dan basikal di betul - betul  papan tanda Kawasan Kemalangan. Jatuh tepat dibawah kaki tiang. 

Yang aku ingat aku sedang kayuh basikal sambil menyanyi dan terus hilang, sedar - sedar dah terbaring. Tak mungkin aku tertido waktu sedang mengayuh. Walapun tak der lebam, luka atau calar terkeluar. Yang buat tanda tanya sampai sekarang Kenapa mesti kat situ? 

Sekian, 

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. 

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh duk belah utara ya =)

Sylarius Yusof said...

Kawasan tu betul-betul keras kot. Banyak gangguan makhluk agaknya. hehe

Lizzie Yasmin said...

@nuyui a.k.a. miss YUI: A ah orang Utaqa, cari makan kat KL je

Lizzie Yasmin said...

@sylarius Yusuf: Gangguan lar sangat, padahal mungkin salah sendiri