Wednesday, March 4, 2015

Senyum sempurna

Dalam dunia nie tak der benda yang sempurna. Kesempurnaan adalah bukan semulajadi. Kalau dilihat pada kelopak bunga sekalipun tak semua setiap kelopaknya sama. Dan tidak setiap lengkok jalurnya sama. Ketidak sempurnaan itulah yang buat sesuatu itu unik. Alam jadi indah sempurna apabila adanya ketidaksempurnaan itu. 

Sama, tegak, sekata hanya karya si mesin kilang.

Begitu juga penampilan kita sehari hari. Tidak seorang dari kita dilahirkan tangan sama panjang, kaki sama lebar, jari sama inci, rambut panjang sekata.

Ingin aku story tentang kekurangan aku yang aku rasa ramai yang mengenali aku perasan kekurangan tersebut.

Gambar pasport itu adalah ketakutan aku. Kerana kekurangan aku akan jelas bila dalam keadaan tegak.

Senyum adalah indah, orang yang suka senyum dianggap mesra, orang yang suka senyum hatinya indah. Kerana senyum itu sedekah. Senyum itu sedekah maka aku lar orang paling kurang bersedekah.

Dari kecil ada dah dimomokkan dengan kekurang tersebut, rasa rendah diri  muncul bila orang mempersoalkan kekurangan tersebut.

Aku cukup jelas kenapa dan apa yang menyebabkan bentuk muka aku berbeza diantara kiri dan kanan, bagi aku itu unik dan mungkin itu kelebihan aku. Tapi manusia orang keliling dan kadang kala keluarga sendiri yang mempersoalkan kekurangan tersebut.

Aku mula down.

**************


Pernah sekali mak cik aku bawak anak dia pergi buat rawatan alternative mencegah penularan cancer dengan mengunakan arus electrik berarus rendah. Setelah rawatan anaknya, dia menghalakan kearah aku,  "Abang, abang cuba tengokkan anak buah saya nie, muka dia senget sebelah, kot abang boleh betulkan" 

Ye, bentuk muka aku tak sama diantara kiri dan kanan. Bahagian kiri lebih tembam berbanding kanan yang lebih runcing atau kurus. Ini kerana pembentukan gigi yang yang tak berapa nak sempurna. Bahagian bawah terdapat gigi taring yang menghala keluar sedikit di belah kiri. Manakala bahagia atas gigi taring terkeluar di belah kanan, lalu menyebabkan bahagia bawah mulut kembung di belah kiri dan atas mulut kembung di belah kanan. Menampakkan seperti rahang yang bermasalah. 

Senget, herot perkataan yang paling aku benci dalam dunia nie. Kerana itulah gelaran ejekkan di sekolah dulu, 

Sambung cerita rawatan alternative.

Sumpah aku tersentak dengan permintaan mak cik aku. Tiada ruang untuk aku jelaskan dan lari dari situ. Walaupun sudah berkali aku jelaskan muka aku tak sama adalah kerana susunan gigi tapi dorang masih menafikan. Masih dengan pendapat karut yang menyatakan aku ada penyakit dalaman.

Tahu apa jadi ketika sesi rawatan tersebut? Pengamal tersebut  mengenakan arus elaktrik pada kepala aku dengan alasan aku selalu sakit kepala dan cuba melembutkan urat. Kesudahannya kepala aku secara automatik kene serangan migrain on the spot.

Rawatan belum berakhir.

Sekali lagi arus elektrik dikenekan pada bahagian pipi aku. Katanya untuk membentukkan semula otat pipi dan rahang yang kononnya senget . Sudahnya bukan otat pipi yang lari, Tapi ketika rawatan membawa kepada hiburan bagi siapa saja yang berada dalam bilik tersebut (terdiri daripada makcik aku, anak dia arwahyarham Qistina, dan along) sebab rahang bawah aku bagai terkene tarikan magnet ditarik oleh tangan pengamal tersebut. Yang buat lawaknya adalah mulut aku tenganga,  herot kekiri or kekanan ikut arus dikenekan sebab aku tak dapat kawal untuk tutup mulut aku ketika itu. Lalu mengeluarkan bunyi seperti orang bisu... "A aaaaaaaa aaaaaaa a a aaaaaaaa a a aaaaa aa aaaaaaaaa ........." Bayangkan si topeng filem Scream, macam tue lar.

Ko dah kenapa kene letrik ke mulut tue? 

Sampai tergolek arwah Qistina gelakkan aku ketika itu. Hinggakan sebelum ajalnya, itulah lawak dan masih tak basi buat dia gelak tergolek. Allah, rindunya pada arwah. Al - Fatihah. 

Jangan kata dia aku pun separuh mati gelak bila ingat balik moment tue.

Kejadahnya kau buat dekat aku nie. Kau dah kenapa nak betulkan bentuk muka aku yang lari sebab gigi tak sama dengan menyalahkan otot pipi dan rahang. Siap tanya samaada aku pernah jatuh  dan rahang aku pernah lari tak? Sumpah itu lawak.

Ada jugak seorang SENSEI (pakar perubatan cina, waktu teman boss beli ubat) cakap aku ada masalah jantung sebab tue muka aku senget. Katanya aku kene minor strok. Pepandai lar korang. Dah berkali aku cakap, woi ini masalah gigi lar bukan jantung. Sepak baru tau.

Kenapa korang yang runsing untuk aku, bukannya kalau muka aku elok boleh jadi Top Model pun.

Senyum adalah  penyelamat. Dengan senyum saja kukurang aku dalam dilindungi. Walaupun pada hakikaktnya aku adalah seorang yang kedekut senyuman. Tapi dengan senyum level confident aku meningkat dam menyorokkan kelemahan Si Herot, mulut senget.

Serious sebenarnya kau  tak kisah dengan masalah rupa aku nie. Aku dah cukup bersyukur, cuma kalau diberi peluang memang nak aku betulkan kekurangan ini. Kecik dilubuk hati cakap memang ini adalah ketakutan aku.

Tak nak lar gambar kawin tak lawa sebab senyum senget, pipi herot sebelah. Walaupun i know my angle tapi...... haruslah nak gambar candid untuk menampakkan moment indah itu. Eeeeeewah....


Sekian cerita membuka pekong di dada.



7 comments:

SARINA SHAKLEE said...

First thing sapa makcik ko yg sengal tu "Mak Aku ker" hahahhaha
second thing arini thought kita sama.. i really miss her "Qistina" :(

Lizzie Yasmin said...

Kak Na: Sapa lagi kak na, omaknya Qistina lar. hahahahaa.

Azwan GP said...

Jangan la down. :((((

GuMiHo-Ssi said...

Sy pun ade masalah yg sama. Sedih 😭

nurul said...

Ive got the same problem...kadang2 terasa dah redha dgn kekurgn....tapi...bila byk msa terluang ,trrpandang diri sendiri...sedih jugaa...

Sue Anna Joe said...

Aikk. Kak Anna tengok molek ja. Tak perasan pulak tak berapa nak symmetry tuuuuuuu. Macam scary je kena kejutan letrik kat muka tu. Tak sakit ke? >_<

balkhis basri said...

sama lahh.. tapi saya bila tengok cermin or selfie(camera depan) nampak elok je..cantik je.. tapi bila orang ambil gmbr saya guna camera belakang , mashaallah baru tahu cemana rupa sebenar.. setiap kali tengok mesti rasa macam sedeyh sangat2 walaupun dari kecik lgy mmng mcm ni..tapi masih lagy tk boleh terima hakikat even dah bnyk kali orng puji kata "comel" lah "cantik" lah. hehehe tapi time yang paling saya "fobia", bila orng ambik saya, cukup takut nk tengok even diorang tunjuk sekalipun.. haihh😅😊