Wednesday, April 8, 2015

Bebelan

Belum lagi merasa duit hasil titik peluh sendiri dan mula terhimpit dengan hutang. Bertuahnya bagi mereka yang pada tajaan penuh pendidikan dan loan PaMa yang mampu membiayai pengajian.

Baru merasa gaji  pertama sudah terpaksa membayar hutang. Bulan ke2 sudah terpaksa membuat hutang baru kerana terpaksa dapatkan kereta atau moto untuk memudahkan pergerakkan ke tempat kerja. Bukan tak boleh mengharapkan public transport tapi semua sedia maklum public tranport kita belum sebaik negara luar. Masih hanya tertumpu dikawasan bandar dan cerot  -  cerot masih mengharapkan bus yang ada kadangnya sejam belum tentu ada 1.

Berkali aku katakan beruntunglar kamu kalau kerja dan masih boleh tinggal di rumah ibubapa. Kenapa perlu merungut tentang kebebasan sedangkan 1 sen duit untuk rumah sewa pun tak perlu bayar. Hanya perlu setiap bulan hulurkan belanja untuk mak abah.

Perit kami sebagai perantau yang kau bilang beruntung. Gaji dipecahkan 6 ada kadang 7 . Belanja, ibubapa, transport, hutang (PTPTN jika ada) sewa rumah, insuran jika ada (untuk kebaikan) dan simpan jika ada lebih.

Lepas nie pecahkan lagi. Wang belanja bukan sepenuhnya untuk kau, tapi pada kerajaan. Katanya untuk meningkatkan ekonomi negara. Ok lar, negara yang kaya tapi aku masih disini menanggung semua kesensaraan. Beli barang RM10 bayar kerajaan RM0.60. Beli barang RM100 bayar kerajaan RM6, RM1000 bayar kerajaan RM60.

Lepasan Diploma jangan berangan gaji 3 - 4 k, paling koman dapatlar 2.8k. Kadang tinggi lagi gaji si perkerja kilang.

Hidup mesti creative, pelbagaikan sumber jika ada. Kalau boleh meniaga maka meniaga lar untuk tambah pendapatan. Jangan caras hak orang sudah. Biar adil dan saksama. Malu tolak tepi, bergaya biar seadanya. Orang sekarang dah tak pandang gaya. Buat apa gaya bila hidup kedana.

Aku tengah cuci otak aku untuk masa akan datang.



3 comments:

GP said...

Beli yg termampu je la kalau camtu haha

Radhia said...

Saya dulu mula-mula kerja gaji RM1600 jea..Tapi dah nak kena spend untuk kereta (loan,minyak,tol) hampir separuh daripada gaji.. Perit jugakla time tu.

Do follow my blog sis.
https://penselduabee.blogspot.com

Siti Yang Menaip said...

CT singgah sini.. lamanya menyepi.. pegi mana tu..