Friday, January 30, 2015

Backpacker: Bangkok, Tips and Trick

Rasanya dah bertahun aku janji nak update tentang Backpacker tips dan trick untuk berjimat. Kali nie kita highlight-kan dulu percutian ke Bangkok, memandangkan ramai  yang suka sangat baca entry Backpacker Butterworth Bangkok via Train

FLIGHT
Untuk sampai ke Bangkok rasanya tak perlu aku katakan lagi, Semua orang dah tahu, boleh cuba naik keretapi macam aku kalau cuti panjang sangat. Naik bus atau van dari Hadyai kalau sanggup kematukan momtot Ataupun boleh beli je ticket Airsia yang selalu buat sales. Tapi jangan lupa comparekan dengan harga Airline lain seperti MasAirline, Malindo dan antara yang pernah aku cuba adalah Jordan Royal Airline.

Airasia murah memang lar murah, tapi jangan lupa check harga tue hingga masuk ke laman terakhir sebelum buat bayaran. Walaupun ko takat nak check harga je, disitular cara untuk korang dapat tau budget berapa yang perlu ada, sebab untuk Airasia charges untuk luggage, makanan dan insurance adalah additional. (semua pakai duit)


TRICK
***Cara berjimat, kalau korang pergi menaiki Airasia, jangan purchase luggage pergi. Purchase luggage untuk balik saja. Sebab selalunya balik isi bag memang akan beranak pinak.

Bawak je bagpack yang 30L tue, sumbat padat - padat, asalkan jangan isi barangan liquid. Sah sah boleh bawak masuk as handluggage, sebelum tue, sila pastikan saiz bag korang ngam  atau kurang dari saiz max  hand luggage yang ditetapkan.

Pada si cantik, kat sana pun ada jual barang shampoo segala, tapi kalau risau sangat share je dengan kawan isi dalam 1 bag masuk luggage. SETTLE
Trick ini hanya untuk menaiki pesawat tambang murah yang luggage kene bayar. Airline lain tak perlu risau sebab 30kg luggage pergi dan balik dah siap bagi free waktu korang bayar harga ticket.  

RANCANG PERJALANAN & PUBLIC TRANSPORT
Sebelum pergi wajib study dulu kemana tempat harus korang tuju, kalau rajin buat jer itinerary supaya terancang perjalanan tu.

Sediakan 1 buku note kecil tulis bagi padat, how to reach sesuatu tempat, maklumat penuh tempat tersebut, public transport map dan sebagainya.

Sebagai contoh ini adalah kitab aku. Aku memang bangsa detail. Sebab aku tak suka mengagau last minit. Dan aku rasa ia sangat effective.

Tak payah besar sangat, cukup takat muat masuk bag senang bawa ke hulu ke hilir. 
Nak bukak waktu dalam train pun tak segan sangat. 

Konon boleh dapat dimana saja, tapi percayalar route map nie sangat penting, untuk korang rancang perjalanan. Conteng tanda highlight je, yang penting mesti tampal dalam buku note, senang nak rujuk. 

WARNING, 
Ini contoh, aku nak tunjuk dah cukup baik. Jangan ada yang gatal kutuk handwritting aku. Orang lefthanded memang lar tulisan buruk. 

Nampak, macam mana detail ko jalan berapa meter pun aku tulis, sebab aku jenis kalau boleh nak avoid tanya orang. Untuk elakkan jadi target. 

IKLAN
(bercakap pasal target, tak kalau boleh tak payah berpakaian macam tourist sangat. Pakai biasa je dah lar, macam korang nak jalan - jalan dating. 

Bag kalau boleh tak payah lar siap berikat bagai, nampak beno gaya tourist nya, lagi senang orang aim korang. Cukup takat bawak sling bag biasa dah lar.) 
NOTE: Bangkok panas azab, pakai pakaian ringan dan loose, pakai sunblock dan topi.


Ada sesetengah tempat korang terpaksa reach dengan menaiki bus dan sebagainya, sebab train, BTS, MRT tak dapat reach. Kalau tempat tu tak jauh sangat, dan dari berasak naik bus macam sardin, aku cadangkan better naik teksi lagi senang. 

TRICK
Kenapa aku tak sebut naik TUK TUK, sebab bagi aku, naik tuk tuk lagi mencekik dari naik teksi. Tuk tuk sekali naik tak kira jarak sekangkang kera, nilainya adalah 100bath =RM10. Sebaliknya dengan teksi sah sah dia pakai meter buka pintu baru 20bath= RM2, kadang perjalanan ko tak sampai  pun 80bath pun. (teksi Thailand meter slow berbanding Malaysia). 



2 TAPI 

*sila berhati - hati dengan pemandu yang tak pakai meter, sebab sana pun ada penyakit nie. (nak kelar leher orang je keje kau kan)

**kalau jem sila elakkan pakai teksi, jem Bangkok boleh tahan sakit. Pakai tuk tuk boleh masuk celah - celah . (Bagi aku, aku prefer train, sebab train dia jarang delay). 


HOTEL
Bagi aku tak perlu lar untuk tinggal dihotel - hotel mewah siap berswimming pool bagai. Padalah bukan guna pun. Cukup  setakat dapat tidur dan mandi dengan selesa. Kalau bergi dalam kumpulan yang ramai, aku cadangan tinggal je di hostel. Conker terus 1 bilik yang ada 4 hingga 6 katil. Tido ramai-ramai lagi best. Jimat pun yer jugak. Kalau pandai cari boleh dapat hostel bawah RM20 untuk 1 kepala.

***Kalau boleh sebelum pergi book siap - siap hotel dekat Agoda, Booking.com or web web lain yang memang dah tentu - tentu tawar harga yang murah gila. Tapi kalau jenis otai dah selalu pergi, dia memang main gamble je, sebab dah tau port hotel murah.

1 kebaikan book hotel awal adalah korang tak akan teragak - agak bila sampai ke sana nanti. Tunjuk je alamat, teksi dah boleh terus bawak korang. Terutama korang yang dah sampai lewat malam.Bangkok  bukan kecik, dan jalannya bukan lurus.

TIPS
*Cari hotel berhampiran dengan public transport.Cadangan dekat dengan BTS with walking distance lesser then 500m. BTS-nya plak jangan lar sampai ke hujung dunia, kalau dapat area SUKHUMVIT iaitu daerah banyak skit  coverage. Sekitar BTS Asok - Chit Lom, sekurang - kurangnya malam tak tau nak pi mana boleh jalan dekat night market area situ.




Ada jugak yang suka tinggal area Bagpacker Khao San Road, tapi bagi aku, tak berapa nak suggestkan sangat lar, sebab area bising, susah nak tido.


*Untuk dapatkan gambaran persekitaran hotel , sila gunakan street view. Boleh view dari web hotel booking sendiri.  Cuba drag jalan - jalan dulu dengan street view tue, aku jamin korang tak kan sesat kalau korang ingat apa landmark yang korang nampak melalui street view tersebut.


MAKANAN 
Wajib untuk aku highlight tentang makanan, sebab 1st time aku pegi sana pun aku agak meraba - raba dalam bab makanan. 

Kalau korang tinggal area NANA, memang ada banyak makanan halal dekat sana, tinggal nak pilih dan keluar duit jer. Sebab boleh aku katakan makan nasi goreng daging 1 pinggan adalah 250bath - RM25. Sebab area situ rata - rata adalah kedai arab. 

Aku mamang cadangkan korang yang jenis cepat kebulur sila sediakan stock mee segera. Dan kalau jumpa kedai bertanda halal jangan teragak - agak nak makan, sebab korang mungkin takkan jumpa kedai lain untuk buat pilihan. Jarak antara kedai halal di Bangkok boleh kata jauh- jauh jugak. 

Kecuali dekat Chatuchak Market. Ada beberapa kedai yang diusahakan oleh orang islam. 

Landmark dia adalah dekat dengan CLOCK TOWER ada 2 gerai, area main road ada sorang mak cik jual nasi beriani, tak jauh dari situ ada kedai kebab. Dan ada sesat dekat dengan toilet corner makcik jual sosej halal bawah patung dan ayam goreng. 

Aku cadangkan once korang jumpa kedai Halal, jangan lupa bungkuskan lauk dan nasi (kalau jenis yang mesti nasi lar) Nanti balik hotel boleh makan skali. 

Area lain aku tak berapa mahir, dan tapi untuk pengetahuan korang, ada sesetengah kedai macam MaxValu ada jual nasi kosong panas - panas dan makanan dalam tin yang halal. Korang tinggal bukak tin je. 

24 hour, macam 7E


Max Value yang aku tahu ada di area Pratunam, bawah hotel Grand Diamond. Di sebelah malam seberang jalan hotel tue juga ada, gerai makanan halal yang agak stylo modern ala - ala taste orang muda mudi. Betul - betul bawah Shibuya 19 Mall. 

MUST
Nie kira wajib rasa okey, jangan lupa cuba makan 

ICE CREAM KELAPA (Nyaman amat) - Chatuchak Market

ICE TEA (Termimpi - mimpi) - Mana - mana boleh dapat, Chatuchak pun ada.

ORANGE JUS (pure habis) - tepi jalan merata

JUS DELIMA (tak dapat kat Malaysia) - tepi jalan merata

BUAH POTONG (banyak dan fresh gilos 30 bath - RM3, dia kasi 2 biji mangga dipotong, mana mau dapat) - tepi jalan merata

TOM YUM (memang lar wajib) - kedai makanan

TIPS
*Jangan terima pelawaan pemandu teksi yang kononnya nak bawak korang jalan - jalan dan bawa korang ke tempat makanan halal. Alasannya memanglar korang balik poket rabak. 

*Bawa portable rice cooker macam aku. Tak makcik-makcik sangat lar. Boleh masak nasi dan panaskan lauk) Ala kenut je pun. Tak sarat bag lar. (aku dengki tengok ada mak cik masak nasik dalam train, sebab tue aku cari jugak rice cooker nie) Picture tak ada, tapi boleh view sini kalau mau tengok rupa dia. SINI

*Beli bekal roti, cereal, susu, boleh buat breakfast sebelum keluar jalan - jalan. (dekat 7E pun boleh, 7E bersepah dekat sini cuma kalau boleh cari roti bertanda halal) 

Aku tak mahir bab makan sangat, sebab tue tak banyak info yang boleh dikongsi. Kalau bab berjalan koma(put inpurpose) makan memang aku letak tepi, harap sila banyakkan google baca pengalaman orang lain) 


TEMPAT MENARIK
Banyak  tempat menarik yang boleh dilawati di Bangkok ni, banyak jugak blog - blog yang boleh korang baca dan tengok. Aku rasa cukup lar takat ini saja aku share dengan korang. Kalau masuk bab tempat menarik, terpaksa aku buat part by part pulak entry ni, yang mana aku tak suka ada part bila menulis blog (takut mati idea). 

Sekian. 

CHOW jangan lupa tinggalkan komen. 









Wednesday, January 28, 2015

TAK RUGI

Family aku memang tak pernah dibesarkan dengan Astro. Zaman dimana semua rumah pakat pakai piring atas bumbung rumah, rumah aku masih pakai area tv macam ranting pokok, bila hujan mula lar siaran berdesing aku suspect sama je masalahnya dengan Astro kan. Yang bezanya berdesing dan biru, no services.

Walaupun hakikatnya rumah mak aku sekarang tv dah makin besar, dia masih tetap pakai tv area  ranting pokok, sampaikan apek hantar tv pun pening nak setting carikan channel, selagi tv tak clear, jangan harap mak aku tak kasi balik. 

Duduk membujang pun begitu, aku tak jumpa dimana sebabnya aku harus ada Astro dirumah bujang aku. Sedangkan after work aku memang tak kemana boleh jer layan tv. Memang itular hakikatnya, balik malam terus layan tv sampai mata kuyu. Tak der kekurangan mana pun Channel free nie. sama je. Mungkin lagi kurang lagha nya.

*********************************

Sebab tue sampai sekarang pi rumah member ada Astro mengigil tangan nak tolong tukarkan channel. Sebab bagi aku Astro nie macam complecated je. Salah tekan tak keluar menu, salah tekan rancangan apa tah dibawanya, salah tekan biru je rupa dia, salah tekan terus terkatup.

Kalau tido rumah member, aku rela tido balik or hadap tv kosong kalau terjaga awal bila tuan rumah sendiri tak bangun lagi, sebab aku pening mana 1 remote TV mana 1 remote Astro. Sebab ada kadang tekan remote Astro tak nyala pun TV tue, tekan remote TV pun tak nyala. Dah tue nak tekan apa?

****

Waktu kecik mak aku salu pesan behave bila pi rumah orang (siap cubit pusing, jege'e'e' mata (cakap kedah membawa maksud besarkan mata), dan senyum kepit). Walaupun aku tau, aku tak akan menjahanamkan remote mahupun tv dia, Tapi aku tak nak jadi sebab tiba - tiba dia terjahanam, dan pandai - pandai di rumah orang. (memang ada istilah buatlar macam rumah sendiri, tapi cuba orang luar terlebih buat rumah ko macam rumah sendiri, best ke?)


***********************************

Rugi? Aku TAK pernah rasa rugi tak dapat tengok AF, tau - tau je dah ada artis baru suara kepit baget hot, konon fames gila dibelakangnya namanya ada AF. TAK rugi tak dapat tengok maharaja lawak, yang orang cakap lawak nak mampus rugi tak tengok. TAK rasa rugi tak layan drama - drama yang katanya stock melele air hidung siap yang sanggup amik cuti semata nak layan episode akhir takut termiss. TAK rasa rugi tak dapat layan movie terbaru, padalah aku boleh layan online , bila - bila masa aku nak. Yang penting aku TAK RUGI BAYAR BULAN- BULAN, boleh duit tue aku buat makan sushi tiap - tiap minggu.

Motif entry: Aku dah lama tak berkenan dengan Astro.


Tuesday, January 27, 2015

Isu Rotan

Hangat diperkatakan tentang isu rotan, bakal jadi kesalahan jenayah.

Kalau hal ini, diluluskan kebinet 20 - 30 tahun lepas, aku rasa lebih ramai kutu kutu rayau di Malaysia, tak der lar banggunan tinggi di Malaysia, dan masih mundurlar Malaysia. Kerana rata - rata anak - anak dibesarkan tanpa ibubapa (kerana semau pakat kene penjara) dan tanpa hukuman kerana salah laku dan disiplin yang longgar.

Tak dapat aku bayangkan jika aku membesar tanpa rotan, jangan kata rotan, getah paip, cebok air, ranting kayu, bulu sabut, asal capai je je pernah hinggap kat kaki dan tangan aku. Sekali sekala ada jugak sampai ke badan.

Sakit memang sakit, ada juga perasaan mak bapak aku tak sayang aku bila kene pukul, memberontak, sakit perit, tapi kalau tak kene maka tak serik. Setiap kesalahan ada balasan supaya tak dilakukan berulang.

Kisah rotan dah aku, adalah dari umur 4 tahun. Abah dah start ajar membaca. Kalau tak der rotan mungkin aku tak pandai  membaca pada umur lima tahun dan hafal surah pendek. Kenangan paling pahit aku dan rotan adalah bila kene baca sifir. Rotan memang jadi makanan dia, salah sikit terus kene bidas. Makan kekallar didalam otak setiap  jawapan tersebut.

Last kene rotan umur 15 tahun. Zaman dimana cuba - cuba nak keluar dengan kawan konon - konon nak lepak dekat taman. Tak sedar diri hari dah makin gelap, buka jer pintu rumah terus kene piat. Tak  payah nak berdrama sangat tanya apa salah saya. Sendiri dah tahu kenapa, kalau merajuk pun tak bawak kemana. Lain kali ingat jangan buat lagi.

Abah aku memang besarkan kitaorang adik beradik dengan rotan, cuma zaman adik - adik aku dah slow and steady skit, mungkin sebab faktor umur dia dah tua. Kalau merotan adalah kesalahan jenayah pada ketika itu, aku rasa aku adalah anak seorang banduan kesalahannya adalah mengajar anaknya untuk hidup berdisiplin.

Kalau  ditanya pada aku, adakah aku akan mengajar anak aku dengan rotan  jawapan aku adalah YE dan TAK. TAK jika dia adalah seorang yang yang dengar kata, kita mulakan pendidikan awalnya dengan bersikap tegas dari bentuk antonasi suara dan kata - kata, Tidak menjerit dan memberi arahan dan larangan yang jelas.

YE jika keadaan sudah terkawal, cakap tak dengar hukuman lain tak makan, itu memang jalannya. Biar ada yang terasa serik. Rotan sebagai pengajaran.

*************

Zaman mak ayah kita, mak bapak serahan anak ke sekolah dengan sebatang rotan. Tak der plak kes patah renyuk, terencat mahupun cacat anggota badan. Takat lebam - lebam jika diadukan di rumah makin bertambah jalurnya.

Terdapat perbezaan antara  rotan  untuk pengajaran dan rotan melepaskan geram. Output yang terhasil juga berbeza. Sebagai manusia yang patut, disiplin dan terdidik ataupun sebagai manusia yang pendendam, geram dan beremosi.

Sekian




Thursday, January 15, 2015

WORK OUT FOR ABS atasi perut bergegar

Agak cliche untuk katakan work out untuk dapatkan bentuk saiz idaman. Kalau ikutkan aku bukan jenis yang percaya benda tue semua. Bukan tak percaya pada work out itu sendiri tapi tak percaya pada diri sendiri untuk lakukan terutama untuk consistent lakukanya setiap hari.

Paling lama aku consistent adalah selama 3 bulan naik turun tangga setinggi 24 tingkat tapi tiada perubahan dapat dilihat. Selulit pada peha tak hilang jugak. Padahal bukan selulit tunjukkan perubahan. Mungkin kaedah salah, sebab tue tak menunjukkan kesan.

Tapi baru - baru nie, aku mula terhantuk bila menyedari saiz aku memang tak banyak beza tapi ukuran pinggang dan bentuknya dah mula lari. Terbayang gambaran perempuan PERUT BERGEGAR bila jalan di Shopping Mall.

Itu bukan gambaran luar biasa, mana - mana sekarang kira boleh tengok bukan laki saja yang memboroi tapi wanita (bukan mengandung) juga memborai. Bergegar isi perut bila berjalan. Nampak jelas terutama yang pakai baju ngam - ngam saiz.

Bila terhantuk baru ternadah, dalam pada tak percaya pada diri aku tetap kuatkan semangat. Kali nie kita tukar no more tangga, jogging aku memang tak der masa, masa aku cuma malam, dalam rumah sambil tengok tv.

Dari saiz 30 pinggang aku berjaya turunkan dia kembali ke 28 dalam masa 7 hari. Macam tak percaya tapi itu memang terjadi. Shape dah mula nampak kembali dan gegaran bila bergerak tak berapa kelihatan. Kalau tak dah macam belly dancer dah perut.

Aku kira berjaya lar kot. Padahal  buat apa pun. Amalkan 3 daripada ini dah cukup. Buat bila senang sambil nak tunggu mata lelap pun boleh. Sebab itulah masa yang aku ada. Yang penting buat hari - hari.


First aku cuma amalkan 3 dari  pada routine, Planking memang buat hari - hari, kadang 2 kali sehari, lain aku rotate je yang mana yang dan ingat dan senang. 

Sekarang dah up skit ke 5 routine, cari routine senang untuk ABS, tak perlu ikut rajah ni sangat pun tak pe. 

Google kan ada. 

Kalau nak tambah squating boleh jugak, aku rasa kesan dia boleh tahan ketara. Nak bukti?, buat dulu baru tau. (bukan buat 2 hari dah nampak kesan, tapi kene buat paling kurang seminggu biar sampai bila buat dah tak terasa sakit.)  

Percayalar, korang akan addicted bila dan nampak kesannya. Then jangan berhenti, makan kita tak pernah berhenti walau sehari pun. 



 Yang benar,

Si Gelebeh sekarang dah nampak pinggang. 

Tuesday, January 6, 2015

2014

Selamat Tahun Baru, selamat berazam baru dan moga tercapai target yang di harapkan. 

Setiap  tahun Azam tahun baru aku adalah nak rajin update blog, tapi makin tahun ke tahun blog aku makin terabai konon kerana kekangan kerja. 

Tahun 2014 adalah tahun putaran 180darjah dalam hidup aku. Aku mula terjun dalam bidang yang aku sendiri tak jangka. Alhamdulillah terima kasih bagi aku merasa duduk belakang stage teater, atas stage ASK (padahal orang tak nampak aku pun). Asah kemahiran komunikasi  rambang dan event management. Berlari kesana kesini mencari kreativiti, fikir diluar kotak untuk merealisasi. 

Memang azam 2014 aku adalah nak tambah koleksi kawan, dan terima kasih ia berhasil dengan putaran 180 darjah ini. Ramai yang aku mula kenal, yang berada diluar skop biasa aku. Dari  serendah - rendah diri manusia hingga ke sebangga - bangga diri orang, aku mula kenal dan analisis yang mana baik akan aku contahi, dan  yang buruk aku pandang ke cermin dan tanya diri sendiri.

Business plak Alhamdulillah 1 step kecil makin ke depan, walaupun aku sendiri tak pasti kemana arah tujunya. Tapi dengan sokongan dan permintaan aku mungkin takkan berhenti disini. 

2015, aku tak mengharapkan apa -  apa, yang pasti aku mahukan lebih penambah rasa.