Friday, February 27, 2015

Pasar Kemboja

Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari yang di tunggu. Dari dari Johor, Perlis, Penang, Selangor semua turun ada yang sanggup ikut Rombongan Cik Kiah semata untuk mengunjungi Pasar Kemboja. Tak  kan aku sebagai anak jati nak tengok saja. PASAR KEMBOJA, memang dah jadi buah mulut orang terutama mak cik - mak cik geng marhaban untuk dijadikan tempat wajib pergi.  Pasar yang terletak di celahan lorong rumah penduduk setempat, dan didagangkan oleh warga Kemboja ini mula mendapat nama, hingga menjadi fenomena kalah crowd Venduer Festival.

Jumaat di Pekan Bandar Baharu, sepadan Kedah dan Perak (tepi sungai) manakala Sabtu di Permatang Tok Mahat, sempadan Perak, dan Penang.

Rupanya adalah seperti orang tak kenal erti panas membeli belah. Sehingga ada yang sanggup lumur sunblock untuk menahan terik matahari jam 11.

Kenapa ada yang sanggup menahan panas, serupa tiada waktu redup akan tiba?. Ini kerana pasar ini bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang SAHAJA.

Haruslar, mak cik berkejar takut tak sempat menawaf seluruh kawasan dan pusing balik untuk mendapatkan best price.



Kalau nak tau, golongan sasaran di sini adalah Mak Cik - Mak Cik dan mak mak. Jangan harap lar, kalau Cik Adik cuba pujuk Cik Abang dengan bermulut manis. "Nanti kita cari baju awak sekali k"

Itu memang golongan monority saja. Tak banyak kedai yang menjual barangan lelaki, rata - rata adalah untuk wanita saja. Bukan tak ada langsung, tapi bilanganya adalah a few saja.

Apa yang best sangat dekat sana?
Tanya balik apa yang mak mak suka pakai?

Kain ela sepasang 30,       4 pasang RM50,       3 pasang RM100      nak ada batu, tak der batu, cotton, silk, Japanese silk, Korean silk, Jojet, Bunga atas, bunga kaki, kain kerajaan kain swasta, parti pembangkang, bulan bintang semua ada. Baju pasang dah siap pun bersepah. Minta saiz jer, semua ada.

Itu baru bab kain, belum lagi tudung, Baru tadi tengok nona tudung Pareeda belit, datang sini dan ada macam - macam color dah, harga tak payah cakap lar. Cuba cong skit kata nak meniaga memang  terus dapat harga murah. Share lar dengan kawan- kawan ambil lebih skit.


Pashmina, shawl, syiria, memang sebut je pap muncul. Tapi tak dapat dinafikan yang mendapat tempat adalah tudung tingkat kain langsir color blocking. Merata bersepah - sepah orang jual tudung tingkat tie naik rambang biji mata melihat. Sampaikan mak aku pun terpengaruh. (sorry mak, please jangan beli, bukan mak pakai pun) 

Apa lagi yang mak - mak suka?

Telekung. Nak color apa? Nak kain apa. Nak renda lagu mana? Harganya cuma RM30 saja untuk telekung kain lycra kain sejuk dap dap bush angin masuk.

Blouse mak  mak pun banyak sebab tue mak mak memang suka datang sini. Memang port dia lar. 

Iklan: Hargai mak kita, bawa lar dia ke sini memang senyumnya sampai ketelinga balik nanti. 

Kalau lapar nak makan mana?

Jangan risau, dah kata kawasan kampung. Tempat plak ramai pengunjung siap berbus bagai. Selain memperoleh pendapatan ke atas sewaan tapak, kawasan lapang depan rumah, backyard dan sebagainya kepada peniaga kemboja nie. Penduduk tempatan cuba mengambil kesempatan untuk meniaga makanan. Dah kata kampung, makanannya memang tak kedekut rasa. Kalau laksa, cukup bunga kantan, asam, daun sellom, nenas bawang dan cilinya.  Memang tak kedekut.

Kalau rasa macam pagi sangat tak boleh nak makan berat. Teh tarik, kopi layan sama roti bakar pun asyuk jugak. Pendek kata, kedai makan memang bersepah sini.

Boleh dikatakan kedai makan di sini, rata-  rata padat. Padat dengan orang yang makan minum, padat juga dengan orang minum dan menunggu. Biarkan para isteri bahagia dengan shopping sessionnya, para tak larat ikut, lepak sambil kenyangkan perut.

Lokasinya tak susah, gunalah waze. Pasar Kemboja Parit Buntar, Atau search saja, Permatang Tok Mahat. Pada hari SABTU SAJA.

Untuk hari JUMAAT. lokasinya tepi sungai sempadan Kedah, Perak. Kalau search Jambatan Sg Kerian mungkin boleh dapat. Tapi sini tak best sangat lar, sebab bilangan peniaga masih boleh kira.

Taste aku? , untuk salin salin pakai raya boleh lar beli, sebab kain cantik harga menarik.

Sekian.





Wednesday, February 25, 2015

Cuti Raya Cina

Cuti raya cina memang best, terutama bagi mereka yang ada kampung halaman. Bila lagi nak dapat cuti panjang meleret - leret selain hari Raya.

Bagi yang berada di Key Ell mungkin tak banyak activiti yang boleh dibuat selain baring atas jalan. Benda paling rare boleh dilakukan hanya setahun sekali. Nak ke shopping complex memang bukan pilihan yang tepat sebab complex kebanyakkan dan serupa rumah tinggal. Maklumlar tauke - tauke di Malaysia kebanyakkan sedang beraya sakan dengan makan limau dan memberi ang paw.

Berada di kampung memang terasa nyaman, terutama bila masa sekarang, padi abah sedang cantik menghijau. Angin luar sepoi - sepoi sapa pipi, sambil makan moktan (rambutan= bahasa kedah) yang berbaki di atas pokok. Sekali sekala damai dengan bunyi bising angsa di belakang rumah, kicau burung, kokokan ayam daaaaaaaaaan preng moto dari mat rempit  menguji jalan.


Entah berapa lagi aku dapat tengok pemandangan nie, urusan dah dimulakan. Pembahagian telah ditetapkan. Si tamak haloba inginkan kesenangan paksa. 
Owh aku bakal rindu. 


Sekali sekala merungut cuasa terasa panas membahang serupa kat Key Ell tak panas. Kononnya panas kampung terik mengigit padahal di Key Ell, kau keluar matahari baru nak naik, balik matahari dah berada di ufuk barat memang lar tidak merasa.

Balik kampung memang tidak sah tanpa masakan mak, walaupun hanya sekadar ikan goreng, kesedapannya kalah nasi ganja di pekan Ipoh. 5 pot nasi sekeluarga berebut. Jangan salahkan cheese burger yang kau gemuk, naik berkilo salahkan ikan goreng kicap yang buat kau terliur.

Sebut pasal ikan memang seumur hidup aku memang tak pernah tau dekat kampung aku ada pelantar ikan laut mendarat. Kalau di Key Ell hingga ke Bagan Lalang sanggup di terjah semata nak makan ikan segar.  Rupanya tak jauh dari kampung ada tempat best dimana ikan dari laut didaratkan. (yelah kalau di kampung jarang 20km dah kata jauh, sebenarnya tak tau jalan, saja bagi alasan.) Harganya, orang kata murah, tapi bagi aku yang jarang - jarang membeli barang basah terasa eh ada beza ke?



Murah lar kot, ikan dekat 14 ekor RM5, itu untuk stock kucing mak aku. Si pick eater tue, kemain makan nak nasi dengan ikan rebus je. Ikan plak harus mata biru, kalau mata dah merah booooo.. layan.

Hari yang paling di tunggu adalah Jumaat dan Sabtu. Kenapa? Tunggu.................................... memang bukan senang nak dapat terutama untuk anak merantau macam aku. (Next Entry)

Indahnya kampung tak terasa 5 hari mudah berlalu. Sakitnya nak hadap hiruk pikuk kota. Paling tak menahan hadap jalan jem pulang ke sarang. Dari 3 1/2 jam perjalanan amik masa 8 jam. Kematu montot, rasa tobat tak nak  balik pagi makin tengahari panasnya serupa terkurung dalam oven. 

Selamat kembali ke REALITY.


MODE: Ingat kampung halaman, terutama bila pikirkan apa yang dah terbawa pulang nie. NEXT ENTRY

Sekian,



Friday, February 13, 2015

Nuffnang: Silent income

Dah hampir setahun lupa pasal Nuffnang iaitu, iklan berbayar untuk kaki - kaki  belog buat duit. Dah hampir setahun tak buka tengok apa perkembangan.

Sekali klik, i is terkesima.
(IS = mistake deliberate)

Sendu belog ku, rupanya masih bernyawa. 

Tiba - tiba rasa nak berpuisi

Mintak - mintak lar ada rezeki lebih, boleh buat duit kawen. 

Small hint
Krik krik krik.....


Wednesday, February 11, 2015

Simpati

Tengahari tadi waktu jawab call di luar office aku didatangi oleh seorang Auntie berbangsa India. Aku minta dia tunggu sekejap sebab aku masih on call. Lepas bagi isyarat tunggu sekejap aku nampak dia pandang ke arah jalan, nampak bayang seorang seorang lelaki tua tunggu si bahu jalan. Aku jeling sekejap, ditangannya ada sekeping kertas firasat aku menyatakan dia mungkin nak tanya jalan.

Selesai, aku tanya dia apa yang boleh aku tolong. Bahasa kene jaga, sebab itu budaya kita. Lagi - lagi yang rupanya nampak kesian.

Dia serahkan aku kertas ditangannya, aku mati - mati ingat alamat. Aku buka dan lihat ia adalah sekeping kertas laporan polis bertarikh 5 Feb 2015. 

Tak sempat nak baca, Auntie tue terus bagitahu dia dari Melaka, datang KL mau cari kerja. Tapi kene ragut sekarang tak der duit nak balik Melaka. 

Habis dia cakap, aku terus baca isi laporan tersebut. Laporannya lebih kurang begini. 

"Pada 5 Feb 2015, ketika saya dan suami sedang berjalan di Taman Sentosa Kuala Lumpur, tiba - tiba datang sebuah motosikal jenis EX5 lalu menarik beg yang kami bawa. Dalam bag tersebut terdapat wang belanja serta I/c. Kini kami kehilangan wang untuk pulang semula ke Melaka" 

Tiba- tiba suara sebak keluar, "habis semua duit saya tiada, kalau boleh dapat 60 ringgit pun jadi lar untuk saya sama suami balik Melaka" 

"Saya tak pernah buat ini macam, malu saya mau mintak sama adik, tapi saya tak tau apa mau buat," lantas ada air bertakung, suara sudah mula tukar

"Pusing - pusing juga cari kerja apa boleh buat, mau cari duit tapi tak da orang mau gaji sama kita

Aku memang jenis cepat kesian, walaupun dalam hati ada sedikit curiga. 

Aku tujukan persoalan. 

"Ini kes jadi dekat itu Taman Sentosa, saya tinggal sana" 
"Banyak jauh dari sana mau datang sini, macam mana boleh datang sini?"

"Ada orang bawak adik" 



"Sapa bawak?" 

"Orang kasi tumpang" 



"Mana itu orang?" 

"Dia sudah pergi, dia kasi turun kita sini" 



"Sapa itu orang" 

"Kereta kita tahan" 



"Apa you buat datang KL?" 

"Cari kerja adik, saya suami boleh tolong itu kedai makan, saya boleh jadi itu cleaner" 



"Sudah dapat kerja?" 

"Tak lar adik, bag sudah kena curi, sekarang mau balik Melaka jugak" 



"Ini report 5 haribulan,  hari nie sudah 11 haribulan, mana you tinggal ini 6 hari?" 

"Bus stop juga adik. Sekarang mau cari sikit duit mau balik Melaka" 



"Sapa ada diri, kenapa tak cari kerja Melaka saja? Anak - anak mana?" 

"Tak ada sapa sini, Melaka susah mau cari kerja" 



"KL pun susah cari kerja, tengok you mana ada dapat kerja sini, sekarang sudah mau balik" 

"Balik lar dia, bag semua barang sudah kene curik, tak boleh lar duduk sini" 

****************

Kalau ada banyak masa memang aku nak soal sampai aku puas hati kalah polis. Tapi dalam masa yang sama jugak aku nak lari, nak settlekan cepat. Kerja aku kat dalam bayak lagi. 

(jawab call dekat luar pun sebab dalam office line macam dalam hutan)

Hati ada sedikit kene usik, ini komplot penipuan tapi dalam masa yang sama "Kesian ini auntie, macam mana kalau betul"

Kalau tak betul pun, apa alasan kau untuk tidak memberi dan terus lari. 

***************

Aku masuk dalam,  buka wallet ada sekeping RM50, tanya officemate mintak pecah. 

Keluar, aku hulurkan wang kertas warna &^&^% dalam hati aku ikhlas.


Kalau betul, aku tak terkilan sebab aku dah memberi, 



tapi kalau agenda sebaliknya. Nanti kau jawab lar sendiri. 

***************

Dalam  dunia sekarang, orang susah dan jahat yang ambil kesempatan serupa tak dapat dibezakan. Ayatnya sama, caranya tiada beza, Si celik pun mudah terkena. 

Yang penting kita settlekan bahagian kita. 

Bahagian kita, kalau mampu TOLONG. Kalau lain tue, bahagian dia dengan Allah.



Sekian.