Thursday, September 10, 2015

CUKUP

Kadang - kadang nak saja aku holdkan masa supaya masa tidak bergerak terlalu pantas. Kalau boleh diputarkan masa, biarlah aku kekal dizaman kanak - kanak, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tapi mungkin tidak jugak, sebab tanpa semua itu, kita takkan  belajar apa yang dinamakan pengalaman.

Ingin aku tanya siapa yang ciptakan wang, kekayaan, dan kemasyuran, kemewahan yang dikejarkan sangat orang kita. Tidak sedikit kita mahukan keselesaan dalam hidup. Paling tidak pun cukup makan pakai dah kira bersyukur.

Tapi bila wujudkan segelintir orang yang mula menilai dan membikin perbandingan diantara rezeki kau dan aku. Perasaan berkejar mula menggadaikan nilai - nilai lain. Manusia menjadi kian tamak, satu persatu dinaik tarafkan. Sekarang bukan sekadar cukup makan, tapi apa yang dimakan. Selera makin dibesarkan.

Jika dahulu, cukup sekadar dapat bergerak, tapi sekarang, Jenis kenderaan apa, yang membawa anda bergerak.

Yang cukup  - cukup, tidak lagi cukup, bahkan tidak cukup. 

******
Kadang  ingin  aku berlari, lari dari dunia yang tak pernah cukup ini.
Settle down everything holdkan semuanya.

Tapi MASA aku juga tak cukup, perlu berkejar untuk isikan keCUKUPan ini.

*****

Semuanya sebab sikap manusia itu sendiri, tak pernah puas. Lalu mengherat manusia lain untuk bersama.