Tuesday, November 24, 2015

Budaya Makan


Semalam aku pergi makan dekat Boat Noodles Jaya One. Nak kata favorite sangat tak lar, tapi kadang kalau tekak rasa nak makan benda masam tambah cili flake bebanyak boleh buat meleleh jugak air liur.

Paling banyak mangkuk aku boleh makan dalam 5 itu pun paling win. Selalu starting order amik 3 pun dah cukup, tambah Popeye Tempura, Cha Yen (Ice Tea) dah boleh bikin senak dah.  Kalau tak cukup tambah 1 mangkuk, sup dia buat modal cicah Tempura yang salu sampai lambat. Lagipun meja bukan besar sangat nak order sekali hentak.

Tapi kadang aku confius macam mana orang makan sampai 10 mangkuk tanpa rasa bersalah. Memang lar, mungkin kapasiti perut dia boleh pegi, memandangkan potion mee dia pun takat sekali kaup dah boleh settle.

Tapi, pada aku memang sekali kaup, tapi 1 kaup tue boleh tahan besar jugak mulut nak kene nganga.Power siot  korang, rasa macam sembah ratu jer bila tengok, terutama geng awek - awek boleh pegi sampai 10 mangkuk seorang. Siap boleh buat  tower lawan meja sebelah lagi.

Meja sebelah makan 5 orang boleh lar sampai 25 tingkat. Tapi meja ko, makan 3 orang pegi sampai 35 tingkat tue makan apa?

Positive thinking "dia order skali dengan ciken wing yang makan  5 mangkuk pun, masih tak lekat celah gigi kot" 

Lepas makan jangan lupa ambil gambar, wefie dengan mangkuk lebih tinggi dari kepala, dan kongsi di laman social dengan bangga dengan harapan orang lain kagum dengan kebolehan anda.

Padahal orang tengah beratur dah menjeling bila ko nak bangun. Air order tambahan dan berlambak tumpah bawah meja, ko boleh relax lagi. 

*******

Dah habis makan pi lar jogging beramai - ramai k. Jangan lupa upload di Instagram dengan hashtag #kenapasusahsangatnakkurus  #dengkidenganorangkurus #dietinprogress


Sekian

On Diet

Friday, November 6, 2015

KALAU HUJAN MACAM MANA?

A:  "Kak, kalau hujan macam mana anak ni" 
(mata tumpu pada anak kecil yang sedang tidur lena) 



Akak: "Terpaksa tarik ke tepi, dan tutup guna tikar dik"




JAM: 1 A.M
LOKASI: KAKI LIMA, JALAN CHOW KIT