Tuesday, May 17, 2016

DIET GULA berat turun mendadak

Dengan hanya CUT gula dalam diet seharian aku mampu menurunkan berat badan sebanyak 4 kg. Mungkin ada yang cakap, ala 4 kg je kot, aku nak buang 14 kg. Apa kata korang cuba dulu. Ini maksima aku boleh pergi.

Tujuan utama aku diet gula adalah untuk kesihatan. Sebab aku mula sedar, tahap kebergantungan aku pada gula agak tinggi.

     Did you know that sugar and processed foods are as addictive as heroin or cocaine?

Serupa nak mati, kalau tak dapat minuman manis. Terutama bila terlalu letih, lepas working out dan cuaca panas dehydrate.

Kita semua sedar, gula bukanya baik sangat untuk badan. Dan selalunya kita sendiri salah tafsir apa yang diperlukan oleh badan melalui craving for something.


Baiklar, aku bukannya orang yang layak cakap bab permakanan sihat nie. Sebab aku sendiri suka skip meal dan makan benda merapu.

Cuma aku nak share dengan semua macam mana aku dapat kurangkan berat badan hanya dengan cut sugar dalam diet harian, dan caranya.

Tak nafikan aku memang dah setahun lebih cuba nak kurangkan berat badan. Ala bukan banyak pun. Aim aku memang 48kg dari 52kg. Untuk  tinggi aku 162, berat ini memang tak  patut ada masalah pada aku. Tapi biasalah manusia tak pernah puas.

Banyak cara aku cuba (tanpa amik supplement ) , diet memang aku tak boleh, sebab aku sendiri take heavy meal (termasuk nasi) sehari sekali sahaja. lain hanyalah snack in between. Snack pulak memang aku jenis take healty food, carrot, salad, kurma, dll. Makanan seperti keropok, jajan memang dah lama aku lupakan. Makan bila dah teringin sangat. Itupun cuit sikit jer, tak boleh tahan tahap msg. (corak biasa pemakanan aku) 

Untuk pengetahuan cara di atas memang tidak ada effect pada aku. Berat aku maintain, walaupun i do work out. Mungkin badan dah redha dengan berat normal nie dan atas faktor umur sama. Ikut history berat minimum aku dalam masa 5 tahun ini adalah 46kg.

Ok dah faham cara diet aku sebelum aku amalkan cut sugar.

***********

Aku memang peminum green tea. Tapi aku bukan peminat green tea tegar sebelum nie. Aku tak pasti dimana mulanya. Dengan pengambilan green tea secara consistent aku dapat elakkan craving sugar. Aku boleh minum green tea sepanjang hari macam minum air masak. Kalau weekend aku boleh pegi ke 3 sachet sehari.

Pada awalnya, aku minum konon nak detox jer. Sampai lar 1 tahap baru perasan kalau aku craving for sweet food hilang lepas minum green tea

Lama kelamaan , rasa keinginan untuk makan benda manis hilang.

Gula - gula, ice lemon tea dalam botol, carbonate drink, milo etc  memang dah tak boleh terima sekarang. Rasa macam terlalu manis. Kalau dulu ok jer. Banyak contoh benda manis aku dah reject sekarang. Rasa macam dah tak boleh terima. Which is good kan.

Selalunya setiap pagi aku akan sediakan 1 botol besar 1.5l  dengan 1 sachet green tea. Untuk dibawa ke office. Minum macam minum air masak. Dan malam 1 sachet lagi dengan segelas air sebelum tidur, sebagai detox. Weekaend, pagi buat 2 cawan besar. 1 minum waktu breakfast, 1 minum sambil - sambil kemas rumah. Malam 1 cawan lagi.



Macam aku cakap awal tadi, tujuan utama aku minum GREEN TEA adalah untuk detox. Tapi bila timbang aku terkejut, berat badan aku turun dengan pantas dalam masa sebulan, turun 2kg. Dengan mengamalkan diet yang sama, bezanya cut gula sahaja.

Bukan nak cakap yang dengan minum green tea dapat turun berat badan. Tapi dengan minum green tea secara consistent aku mampu control diri aku dari makan makanan manis dan bergula seterusnya menurunkan berat badan. 

Aku dah cuba, kalau boleh aku nak orang lain pun cuba jugak.

Jangan salah paham aku bukan nak jual teh pun. Aku minum green tea biasa TEH BOH je pun. Tak kisah jenama apa pun asalkan green tea. Tapi jangan pulak minum dengan letak gula. MINUM TANPA GULA. Tak pahit mana pun, bukan macam yellow tea.


INGAT 
MINUM TANPA GULA 


*diet ini untuk orang - orang kental sahaja, mampu lawan hidup tanpa gula




6 comments:

C i k R e n e x said...

Kena cuba wat ni.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pun gemar green tea tanpa gula..kdg masuk 1 slice lemon.

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh ya, perlaking tu produk kcntikan.. mcm mcm kesan inshaaALLAH blh dpt.. kalau nak tau lanjut, leh view fb page yui naa. Nurul Yui Collection

LeenNajib said...

Ha! suka minum green tea tanpa gula. sedappp heheh elak perut buncit kan

Tukang Karut said...

diet ini untuk orang - orang kental sahaja, mampu lawan hidup tanpa gula.


Betul... aku dah cuba.tapi tak berjaya...haiissssss...

Shahida Dzulkafli said...

Bagus rupanya green tea nie..