Friday, May 13, 2016

Tips Mudah Bangun Subuh #1

#1. Perlahankan kipas or aircond sebelum tidur.

Mungkin ramai yang mengabaikan benda ini. Berdasarkan pengalaman sendiri. Aku akan lemau bangun pagi kalau suasana keliling aku sejuk. Lagi sejuk lagi sedap tarik selimut, itu lumrah.

Kita abaikan kalau musim hujan. Itu sejuk tak dapat nak elak.

Jika  kita biasanya tidur dengan kekuatan kipas pada tahap 3, apa kata kurangkan ke no 2 atau 1. Try untuk beberapa hari. Panas memang panas, kalau panas tak payah lar pakai selimut. Kalau jenis tidur mesti nak pakai selimut, apa kata tukar selimut atau conforter tu kepada selimut lebih nipis.

Tak der lar pertempuran main tarik selimut aka (kulit babi) bila nak bangun subuh, sebab tak sejuk mana pun, kurang sikit rasa lemau.

*** aku tidur dengan kipas siling no 1, asal ada ventilation dah cukup untuk aku untuk elak rasa lemas. Kalau nak tahu, aku tidur pakai conforter dah stokin. Kalau rasa panas aku terajang conforter atau tutup kaki je. Bila terjaga, memang cukup segar untuk celik mata terus.

Kadang pukul 3 pagi aku bangun dah rasa sangat fresh, tapi sambung tido balik.


1 comment:

Sue Anna Joe said...

Bagus tips ni. Memang kalau sejuk jadi malas nak bangun. Sedap je selimut tu menyelubungi. Haiyoo.