Wednesday, August 24, 2016

Diet Progress

Buat masa sekarang aku dah cukup puas hati dengan result diet aku. Kalau nak adjust mungkin little bit of fit, stamina and hardworking to add on saja. Sebab aku ada keghiarahan untuk melakukan activiti berpeluh pada waktu pagi.

Macam biasa, kerajinan perlu, supaya lepas subuh aku tak berlengah, terus sarung sport attire dan mula BERLARI dalam 30 min, sebelum mandi dan siap untuk ke office. (kalau tak, subuh  enjak lagi, dekat jam 645 baru bangun) 

Buat masa sekarang seminggu dapat lar 3 kali, iaitu selasa, rabu, dan jumaat. Sabtu, ahad lebih pada masa untuk diri sendiri (ikut mood) . Isnin  dan khamis hari puasa sunat. Kecuali off day.

Amalan puasa Isnin Khamis, aku memang tak boleh skip, sebab aku tak berdiet sangat. Jadi aku harapkan 2 hari nie saja untuk aku lupakan pasal craving makanan.

Padahal kalau ikutkan hari biasa pun bukan makan sangat, tapi sapa boleh jangka. Tiba - tiba buka drawer office nampak biskut chocolate. Hati mula tak senang.

Biskut tue bukan apa, stanby kalau - kalau isnin dan khamis terpaksa balik lambat. Buat bekal berbuka dulu. Kadang bukan makan sangat pun, sebab dah set otak tak makan benda manis. Tapi biasalar, setan mudah pengaruh.

Kalau tak makan buat apa beli? Aku beli biskut ni, sebab aku selalu cravingkan biskut OREO, tapi oleh kerana OREO nie, bapak manis, aku beli jer biskut chocolate murah ni. Dah lar murah, bapak banyak. Satu bungkus besar ada dalam 30 bungkusan individu, yang mengandungi 4 biji biskut setiap satu. Kira ok lar, kalau lapar sangat, makan je 1 bungkus, kalau makan lebih, mulalar maki diri sendiri.


Pagi, kadang memang aku akan breakfast. Ikutlar apa yang ada. Cornflekes ke pisang ke, telur ke. Lunch tak makan, makan biskut (kalau malas) or pi beli apple kat kedai belakang office, or makan yagurt je. Kadang tak makan langsung, sampai dinner. Air kosong kene minum banyak.

Dinner memang makan. Kadang wajib nasi, tapi try avoid makanan berminyak. Sekarang addict on nasi kak wok, taman dato harun, dan ayam penyet auzubillah (both  sambal power tak boleh tolak) . Lain - lain, sushi, salad, tacos etc ikut tekak nak makan apa. (sendiri control nafsu)

Makanan dan minuman manis masih NO NO .. Selain on cheat day. Tapi selalunya pun tak juga.

Ice, carbonate drink, dan air botol ice lemon tea etc  langsung tak minum.

Cara makan masih kene jaga, based on weight scale. Kalau boleh nak maintain je. Bukan senang nak dapat saiz ni balik kalau tersasar sikit pun.

Current normal 46 kg,
Abnormal 48 kg. (kalau 2 hari makan tak berhenti)
(masih dalam jaga - jaga)

Satu - satunya tips diet aku  SINI

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah ringan.. tggi brpe ni.. msti ideal sgt dh kan..

Lizzie Yasmin said...

nuyui : Ideal sangat

Murni Alysa said...

wow gigihnya...semoga berjaya dengan jayanya..

Shahida Dzulkafli said...

Wow.. Dasyat..
Disiplin tu yang payah sebenarnya..
Apapun.. tahniah..

el said...

wow siyes 46kg..jeles okbai