Tuesday, August 30, 2016

PERHATIAN IBU BAPA

Hari tu, anak buah aku balik dari tadika dia. Dalam tengah kalut - kalut bercerita perihal harinya, tiba - tiba terbuka satu cerita.

"Mommy, tadi Aina (bukan nama sebenar) cerita dia nampak mak dia tido atas bapak dia, lepas tue buat kuda kuda..... " lepas cerita dia gelak "Hi hi hi" 

Ibu mana tak terkejut kalau anak umur lima tahun balik dari tadika dan bawa balik cerita macam tu. 

Aku rasa siapa saja, dah boleh agak apa yang si anak itu nampak. 

Si mommy bertindak cool dan cuba selidik lebih dalam, sambil berdolak dalih, memberi cerita yang logik untuk telinga si anak.  

" Tak mommy, dia tido waktu tu, tiba - tiba terjaga dia nampak mak dia buat macam tue, lepas tue dia pura - pura tutup mata lar" 

Mana - mana ibu pun, pasti akan cuba jelaskan perkara logik yang bersesuian dengan cerita anak tersebut.  

Tapi sebagai budak yang tengah curious kau rasa  cukup ke penjelasan itu?. Bertambah teruk esok dia bawa balik CERITA LAIN pasal si Aina ni. 

"FRENCH KISS" 
(ko dah kenapa Aina?) 


**************

Kadang KITA KATA, pengaruh gadget yang buat anak kita rosak. Tapi kalau ini gayanya. Adakah disebabkan gadjet.

Tapi agak keterlaluan juga jika mak bapak jenis ini yang bila ditegur, langsung menyombong. DASAR.

Jangan salahkan anak, DASARnya perlu dikaji.


**************

Please parents, ini sebabnya perlu asingkan tempat tidur, bila anak dah berginjak cerdik. Dah pandai cakap, boleh ingat apa yang dilihat, dan boleh tafsir apa yang dilihat. 

JANGAN NAK PENTING DIRI, NANTI SENDIRI MAKAN DIRI

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg tua tu ptt beringt.. huhuhu

Mas said...

Speechless..ank2 kini bkn naif lg.Cerita pulak kt kwn die..Omg!

n.i.n.a Mads TM said...

seram pulak baca.. dh kenapa parents budak tu tak alert langsung hurm..

aisyah81 said...

Bahaya!Mmg parents kene ambil peduli benda2 macam ni. Anak2 sedang membesar banyak bende yg dorg nak tahu esp apa yg dorg lihat dgn mata sendiri.. Phewww..

Petak Bunga said...

entah apa dlm fikiran budak2 ni..
ni kalau x kena ajaran, sampai ke besar lain plk jd nya..