Friday, August 26, 2016

SARBJIT cerita terbaik selepas Bajrangi Bhaijaan

Kenapa aku baru tau cerita ini. Cerita best gila selepas Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan.

Movie yang juga berkaitan India dan Pakistan. KISAH BENAR ini, mengisahkan seorang kakak yang cuba mendapatkan semula identiti adiknya yang dipenjarakan di Pakistan. 




Kisah bermula selepas Sarbjit yang ketika itu mabuk telah temasuk ke sempadan Pakistan yang dipisahkan dengan batu sempadan saja dengan kampungnya, lalu ditangkap.

Selepas 3 hari ditahan baru Sarbjit mengedari di mana dia sebenarnya dan apa sebenarnya telah berlaku. Dia dimasukkan ke dalam penjara batu bersaiz kotak tv dan dipaksa untuk mengaku sebagai Sarjit Singh iaitu salah seorang pemberontak India Pakistan.

 Akibat tidak tahan dengan seksaan yang dikenakan, dia terpaksa mengaku sebagai Ranjit Singh tanpa mengetahui siapa sebenarnya Sarjit Singh ini.

Dunia mula menggelar dia sebagai Ranjit Singh, si pemberontak.



Waktu dalam tahanan Sarbjit telah curi curi menulis surat kepada kakak dia dan memberi tahu apa yang terjadi. Pada masa yang sama media sudah mula heboh  pasal Ranjit Singh yang telah ditahan dan mula dibicarakan di Pakistan.

Sebagai seorang kakak, Dalbir buat apa saja untuk melepaskan adik dia dari tuduhan dan penjara tersebut.

Sebelum ditahan, Sarbjit  telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil dan bayi.

Selama 23 tahun berusaha akhirnya Sarbjit 




aku tak nak spoilkan cerita.

***************

Kalau nak tengok cerita ni, aku nasihatkan sediakan air masak dan tisu banyak - banyak. Asal nak nangis je cecepat minum air.

Terasa rugi plak, tak tau cerita ni waktu ditayangkan di pawagam. Kalau tengok dalam panggung mesti lagi feel.

Cerita yang tak rugi ditengok.
Aku bukan kaki cintan cintun dan inilah genre movie aku (biography, history)


10 comments:

Siti Nurzafirah said...

okey ! kena cari jugak.. asek cintan cintun ja.. cerita macam ni pun best jugak

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pn xtau psl crita ni..huhuh

Murni Alysa said...

wow..nampak gambar pon dah menarik...ok parking dlu cerita ni..ada masa nak layan...

Shahida Dzulkafli said...

Wow.. Ohsemnya..
Ada eh cerita ini..
TQ for sharing..

insan marhaen said...

Terima kasih kerana singgah ke blog IM...

Azlinda Azman said...

Nknkene tgk nihh

el said...

wow heroin dia mmg terbaik

insan marhaen said...

saya pun lebih suka menonton cerita biografi, sains fiksyen dan sejarah.

sebab itu tak sangat minat tonton filem melayu yang hanya berkisar tentang orang kaya yang penuh hasad dengki...

n.i.n.a Mads TM said...

tak pernah lg tgk cerita bolly ni.. mesti dh lama kan? ehehe

Naja said...

Tq Lizzie Yasmin... nak carik jugak cerita ni.