Friday, April 22, 2016

Baju yang didermakan kepada HOMELESS atau Carity NGO lain

Perempuan memang kuat shopping, baju penuh almari tetap lar cakap  tak der baju nak pakai. Benda dah memang cliche semua orang tau itu perangai perempuan. Aku sendiri pun macam tue. Ikut nafsu, pakainya pun tidak jugak.

Kuat shopping dah tentu, tak der baju nak pakai sampai terpaksa beli beli dan beli dah memang perangai. Nak meletup almari.

Hati dia orang jugak paling baik, kuat tersentuh. Kalau orang nak kumpul baju untuk didermakan, dorang jugak paling semangat mengumpul baju. Selokar almari, selongkar stor, selongkar cari baju nak didermakan. Baju kurung, blouse, seluar, skirt, t-shirt, cardigan, jacket, itu belum masuk tudung yang pelbagai pattern, . .


Tapi tapi tapi.......

Bila sampai dekat si pengumpul, percaya tak, semua yang kami nampak adalah sampah. Tak kira lar berapa mahal korang beli, apa nama brand baju tue. Kalau dah jenis baju kurung boleh buat jala ikan, kain  reput sebab dah lama simpan, blouse tak der tangan, ruffle macam nak buat konsert dangdut, leher lohak, skirt belah sampai peha, jacket tutup semata tangan dan dada, spagetti, baju hanging nampak pusat, tudung ruffle parida nampak leher, selendang jambul siti nur haliza, blazer bling bling. dan banyak lagi.

Apa yang sebenarnya korang nak bagi. Tak kan nak bagi homeless pakai baju macam tue. Memang orang dah bagi baju, sebagai amanat untuk  kami sampaikan. Tapi kalau amanah dah serupa "apa nie, nak pakai pi mana? " Kita nak bagi mereka HOPE untuk hidup lebih baik, membantu, meringankan beban, bukan untuk kepentingan kita.

Kepentingan untuk kosongkan almari dengan cara paling mudah tanpa rasa belasah untuk let go baju - baju yang dah tak nak pakai. 

Dorang bukan mintak, kita yang bagi, tapi bila bagi, biar lar elok, dalam masa yang sama kita beribadah. Bagi  yang elok maka elok lar mereka pakai, bagi yang melohak, buka sana sini, korang pikir sendiri lar.

Sebenar aku masih menjalan kerja - kerja tanpa NGO tolong homeless sekitar KL. Aku memang menerima baju - baju terpakai DALAM KEADAAN ELOK, BERSIH, BERSESUAIAN  untuk aku sampaikan  pada dorang.

Kenapa aku mesti besarkan perkataan itu, sebab aku tak banyak masa, nak asingkan, buang , dan basuh baju yang orang bagi.

BERSIH - please please bersih. Kalau bau almari dah 5 tahun terperap itu tidak boleh dikatakan bersih. Mungkin bersih dari rupa tapi BAU pitam.

Aku duduk apartment, nak tolong basuh memang bercinta, sedangkan baju aku sendiri pun basuh seminggu 2 kali sahaja. Sebab space limited. Ini nak basuh jeans, saiz 42, dekat 10 helai, baju t-shirt berpuluh helai yang bau lemari, itu tak termasuk lain - lain mak nenek.

Boleh untuk aku hantar dobi or self dobi. Tapi dari aku  membazir duit untuk dobi baik aku tambah makanan or keperluan untuk mereka. Buat masa nie memang aku tolong basuh jugak, kalau  condition elok tapi kotor. Kalau tak dapat selamatkan memang ke sampah jugak tempat dia.

BERSESUIAN - bagi apa yang korang pakai, bukan sweater bulu kambing biri (cth)

Harap paham.
aku bukan merungut, aku cuma jalankan tugas aku 
kerana Allah Taala

Ini note bukan sahaja untuk sumbangan pada aku, tapi suara semua kami yang kumpul termasuk rumah anak yatim dan asnaf. Nak bagi biar lar elok 


Sabtu nie ada trip, kalau nak selit, aku still ke tandusan seluar panjang saiz normal lelaki. Yang ada saiz 40 - 50 (super big size) . (Itupun tak sure sapa yang nak dapat, macam tak der candidate je, tapi bawak jugak). Lain - lain baju memang nak banyak, pelbagai saiz. Kalau ada nak bagi baju budak dalam umur 2 tahun keatas boleh . Baby, aku tak sure. Baju perempuan biarlar berjenis (bukan baju kurung) 
Barang lain kalau nak bagi belt, beg, kasut pun boleh. Kita bagi jer. Sapa dapat kira nasib. 

Friday, April 8, 2016

IKON

Ada kebaikan sebenarnya jadi orang famous nie, sebab kita  akan jadi IKON. Apa kita buat orang pandang, yang baik orang akan ikut, yang jahat tak  payah cakap lar, dah tentu kene smash.

Dah alang - alang orang nak ikut apa kata kita mendidik. Mendidik macam mana nak jadi masyarakat yang lebih baik. 

Cuba kau suruh dorang beratur, mesti dorang ikut punya. Kalau tak ikut dorang lar rugi, tak dapat tudung meletop. (budak tadika pun pandai)


Daa...