Thursday, July 14, 2016

Cerita Raya

Bagi aku, semua orang ada kisah raya unik masing - masing. Ini kisah raya keluarga kecil aku, menjadi routine hampir 4 5 tahun kebelakangan ini. Tahun depan kalau bertambah ahli keluarga bermenantu bagai, mungkin ada yang beza, harap tak banyak berubah.

Mak  abah memang boleh dikatakan orang kuat masjid dah pun. Apa semua memang masjid yang didahulukan, hinggakan sebulan berpuasa, maka sebulan lar berbuka dimasjid. Berbuka dengan  hidangan gotong - goyong jemaah.

Puas  adik - adik aku makan sedap hari - hari. Hari nie nasi mandhi, ayam bakar, esok kurma kambing, lusa lemak ketam, 30 hari 30 juadah berbeza. (tak percaya, tahun depan pi cuba tengok, best ooo, berbuka ramai- ramai. Lepas makan terus  sholat berjemaah)

*************

Tahun ni, aku dengan along balik kampung, lagi  2 hari nak raya. Cukup - cukup masa untuk kemas rumah je. Persiapan kuih muih dah disiapkan dari KL lagi. Mak aku memang tak der masa nak siapkan semua tu.

Persiapan masak makanan berat untuk raya. selalunya dibuat serentak di masjid.

Seperti tahun - tahun sebelum ni, setiap kali lepas sholat aidulfitri, masjid di tempat aku akan mengadakan jamuan raya. Juadah seperti lemang dan kari daging, nasi himpit dan kuah kacang, bihun goreng, laksa, sate, kambing golek (kalau ada sponsor), ice cream calit, pelbagai jenis kuih muih, memang antara hidangan yang disediakan. (hidangan basic raya) 

Setiap tahun bahagian mak aku adalah, lemang dan kari daging(dah boleh teka lar, lauk raya pertama kami, nak fancy - fancy tunggu raya kedua dan seterusnya).

Sebenarnya not so lemang, mak aku buat pulut, bungkus dalam daun pisang, bunjut macam bentuk pocong, dan kukus. Orang kedah panggil pulut dakap. (tak pasti). Kalau potong, bentuknya sebijik macam lemang, cuma tak der kerak keras. Pulut dia lebih lembut, padat dan berlemak.

Selalunya malam sebelum raya kami adik beradik dah sebuk di masjid untuk settekan 10 kilo daging untuk kari dan bahan - bahannya dan 15 kilo pulut untuk dibalut. (Masak semua di dapur masjid)  Process prep untuk bahan mentah, seperti cari daun pisang, mesin kelapa dan perah santan, basuh daging, kupas bawang and blend,  memang siap sebelum berbuka, kalau lewat mau sampai ke pagi tak habis bergumpal.

Ingat lagi, 2 tahun lepas, sebab lewat siap masak, kami sekeluarga balik dari masjid jam 3 pagi. Last - last sebelum tido aku mandi sunat aidulfitri, esok pagi bangun cuci muka terus ke masjid. Tak gaduh nak mandi dah. -___-

Port sholat sunat Aidulfitri.. mak, aku, along, kinah selalunya tetap, tepi pintu bahagian bawah, dekat luar. Supaya senang nak escape.

Lepas solat terus ke dapur, untuk potong pulut, senduk lauk dan buat prep (isi pulut dalam pinggan) sebanyak  yang boleh.

Sebab selalunya lepas habis khutbah, tak tunggu tahlil orang dah serang meja jamuan. Maka berbondon - bondon orang mintak daging lebihlar, kentang lar, pinggan sudu extra, plastic nak tapau dan lain - lain.

(ko ingat plastic nak tapau DAPAT? )

Masa inilar, aku rasa iman sikit lagi nak goyah. Baru je mintak maaf tadi, terasa nak maki lepas 10 minit, berdiri senduk makanan. sebab ...

- tak beratur, walaupun dah tua bangka
- mintak makanan macam kat rumah tak der makanan
-  tambah 40 kali.
- request bukan - bukan.
- panas terik, (kak jah, tak sempat betulkan tudung)
"ahhhh.. ada jejaka kacak kat depan" muka i selebet


Settle bab jamuan raya, pulanglar para jemaah kerumah masing - masing dan sambung beraya.

Yang tinggal hanyalar ajk dan jemaah kuat masjid, yang tengah tapau makanan sorok dan lebihan untuk dibawa pulang. Termasuk air pelbagai rasa, cendol, ais, air gula, tembikai tak potong lagi, kuah laksa walaupun laksa habis, dan apa saja yang boleh digunakan dari membazir.
(waktu inilah adalah waktu hiburan kami adik beradik, tengok ragam orang, sambil mulut kunyah makanan, berselfie, dan melayan mata kuyu, lepaskan lelah.)

Kerja kami tak settle lagi, belum boleh balik beraya.

Bila semua pulang, yang tinggal hanyalar, bekas bihun tumpah atas meja, sampah terkeluar dari plastic, cawan merata cerok, kerusi yang bergelimpangan dan sana sini bekas makanan tak habis, termasuk dalam pasu bunga. Atas meja tak payah cakap lar.

Siapa nak settlekan?
Tak semua orang ada kesedaran sivik, termasuk di masjid.

Kalau nak datang beraya rumah aku  pagi raya pertama, pastikan datang jam 12 keatas. Kalau tak, pi cari dekat masjid. Kita cari pahala sama - sama.

Ini lar sebabnya aku tak pernah nak pakai baju raya beria dipagi raya. Cukup takat baju kurung bibik, sebab senang nak selinsing kain dan lengan.

Lepas zohor pintu rumah dah tertutup semua sambung ZZZZzzzzZZz . Memang tak der orang nak datang rumah raya pertama.

---------------------------------------------------------------------

Amacam cerita raya aku, happening tak? 

Bagi aku inilah moment paling best, sebab family aku been together. 
Gelak, marah, kutuk orang bersama.

Raya bukan sekadar baju lawa, makan sedap. Bagi aku raya adalah 
ANOTHER MOMENT BERSAMA KELUARGA

<<>>