Tuesday, August 30, 2016

PERHATIAN IBU BAPA

Hari tu, anak buah aku balik dari tadika dia. Dalam tengah kalut - kalut bercerita perihal harinya, tiba - tiba terbuka satu cerita.

"Mommy, tadi Aina (bukan nama sebenar) cerita dia nampak mak dia tido atas bapak dia, lepas tue buat kuda kuda..... " lepas cerita dia gelak "Hi hi hi" 

Ibu mana tak terkejut kalau anak umur lima tahun balik dari tadika dan bawa balik cerita macam tu. 

Aku rasa siapa saja, dah boleh agak apa yang si anak itu nampak. 

Si mommy bertindak cool dan cuba selidik lebih dalam, sambil berdolak dalih, memberi cerita yang logik untuk telinga si anak.  

" Tak mommy, dia tido waktu tu, tiba - tiba terjaga dia nampak mak dia buat macam tue, lepas tue dia pura - pura tutup mata lar" 

Mana - mana ibu pun, pasti akan cuba jelaskan perkara logik yang bersesuian dengan cerita anak tersebut.  

Tapi sebagai budak yang tengah curious kau rasa  cukup ke penjelasan itu?. Bertambah teruk esok dia bawa balik CERITA LAIN pasal si Aina ni. 

"FRENCH KISS" 
(ko dah kenapa Aina?) 


**************

Kadang KITA KATA, pengaruh gadget yang buat anak kita rosak. Tapi kalau ini gayanya. Adakah disebabkan gadjet.

Tapi agak keterlaluan juga jika mak bapak jenis ini yang bila ditegur, langsung menyombong. DASAR.

Jangan salahkan anak, DASARnya perlu dikaji.


**************

Please parents, ini sebabnya perlu asingkan tempat tidur, bila anak dah berginjak cerdik. Dah pandai cakap, boleh ingat apa yang dilihat, dan boleh tafsir apa yang dilihat. 

JANGAN NAK PENTING DIRI, NANTI SENDIRI MAKAN DIRI

Friday, August 26, 2016

SARBJIT cerita terbaik selepas Bajrangi Bhaijaan

Kenapa aku baru tau cerita ini. Cerita best gila selepas Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan.

Movie yang juga berkaitan India dan Pakistan. KISAH BENAR ini, mengisahkan seorang kakak yang cuba mendapatkan semula identiti adiknya yang dipenjarakan di Pakistan. 




Kisah bermula selepas Sarbjit yang ketika itu mabuk telah temasuk ke sempadan Pakistan yang dipisahkan dengan batu sempadan saja dengan kampungnya, lalu ditangkap.

Selepas 3 hari ditahan baru Sarbjit mengedari di mana dia sebenarnya dan apa sebenarnya telah berlaku. Dia dimasukkan ke dalam penjara batu bersaiz kotak tv dan dipaksa untuk mengaku sebagai Sarjit Singh iaitu salah seorang pemberontak India Pakistan.

 Akibat tidak tahan dengan seksaan yang dikenakan, dia terpaksa mengaku sebagai Ranjit Singh tanpa mengetahui siapa sebenarnya Sarjit Singh ini.

Dunia mula menggelar dia sebagai Ranjit Singh, si pemberontak.



Waktu dalam tahanan Sarbjit telah curi curi menulis surat kepada kakak dia dan memberi tahu apa yang terjadi. Pada masa yang sama media sudah mula heboh  pasal Ranjit Singh yang telah ditahan dan mula dibicarakan di Pakistan.

Sebagai seorang kakak, Dalbir buat apa saja untuk melepaskan adik dia dari tuduhan dan penjara tersebut.

Sebelum ditahan, Sarbjit  telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil dan bayi.

Selama 23 tahun berusaha akhirnya Sarbjit 




aku tak nak spoilkan cerita.

***************

Kalau nak tengok cerita ni, aku nasihatkan sediakan air masak dan tisu banyak - banyak. Asal nak nangis je cecepat minum air.

Terasa rugi plak, tak tau cerita ni waktu ditayangkan di pawagam. Kalau tengok dalam panggung mesti lagi feel.

Cerita yang tak rugi ditengok.
Aku bukan kaki cintan cintun dan inilah genre movie aku (biography, history)


Wednesday, August 24, 2016

Diet Progress

Buat masa sekarang aku dah cukup puas hati dengan result diet aku. Kalau nak adjust mungkin little bit of fit, stamina and hardworking to add on saja. Sebab aku ada keghiarahan untuk melakukan activiti berpeluh pada waktu pagi.

Macam biasa, kerajinan perlu, supaya lepas subuh aku tak berlengah, terus sarung sport attire dan mula BERLARI dalam 30 min, sebelum mandi dan siap untuk ke office. (kalau tak, subuh  enjak lagi, dekat jam 645 baru bangun) 

Buat masa sekarang seminggu dapat lar 3 kali, iaitu selasa, rabu, dan jumaat. Sabtu, ahad lebih pada masa untuk diri sendiri (ikut mood) . Isnin  dan khamis hari puasa sunat. Kecuali off day.

Amalan puasa Isnin Khamis, aku memang tak boleh skip, sebab aku tak berdiet sangat. Jadi aku harapkan 2 hari nie saja untuk aku lupakan pasal craving makanan.

Padahal kalau ikutkan hari biasa pun bukan makan sangat, tapi sapa boleh jangka. Tiba - tiba buka drawer office nampak biskut chocolate. Hati mula tak senang.

Biskut tue bukan apa, stanby kalau - kalau isnin dan khamis terpaksa balik lambat. Buat bekal berbuka dulu. Kadang bukan makan sangat pun, sebab dah set otak tak makan benda manis. Tapi biasalar, setan mudah pengaruh.

Kalau tak makan buat apa beli? Aku beli biskut ni, sebab aku selalu cravingkan biskut OREO, tapi oleh kerana OREO nie, bapak manis, aku beli jer biskut chocolate murah ni. Dah lar murah, bapak banyak. Satu bungkus besar ada dalam 30 bungkusan individu, yang mengandungi 4 biji biskut setiap satu. Kira ok lar, kalau lapar sangat, makan je 1 bungkus, kalau makan lebih, mulalar maki diri sendiri.


Pagi, kadang memang aku akan breakfast. Ikutlar apa yang ada. Cornflekes ke pisang ke, telur ke. Lunch tak makan, makan biskut (kalau malas) or pi beli apple kat kedai belakang office, or makan yagurt je. Kadang tak makan langsung, sampai dinner. Air kosong kene minum banyak.

Dinner memang makan. Kadang wajib nasi, tapi try avoid makanan berminyak. Sekarang addict on nasi kak wok, taman dato harun, dan ayam penyet auzubillah (both  sambal power tak boleh tolak) . Lain - lain, sushi, salad, tacos etc ikut tekak nak makan apa. (sendiri control nafsu)

Makanan dan minuman manis masih NO NO .. Selain on cheat day. Tapi selalunya pun tak juga.

Ice, carbonate drink, dan air botol ice lemon tea etc  langsung tak minum.

Cara makan masih kene jaga, based on weight scale. Kalau boleh nak maintain je. Bukan senang nak dapat saiz ni balik kalau tersasar sikit pun.

Current normal 46 kg,
Abnormal 48 kg. (kalau 2 hari makan tak berhenti)
(masih dalam jaga - jaga)

Satu - satunya tips diet aku  SINI

Auzubillah minashaitan nirajeem

Aku perkenalkan satu kedai makan favourite yang kalau sebut saja, pasti meleleh air liur minta ditadah. Stock sambal dia, boleh bikin angau. Padahal lauknya ayam goreng/ ikan goreng, tempe goreng, tauhu goreng dan sayur ulam pelbagai dan of coz di saji bersama sambal belacan mak indon.

Boleh tahan berantu jugak sambal dia ni. Makan sekali boleh teringat ingat. Stock sambal belacan makan dengan ulam saja pun dah boleh termimpi - mimpi.

Disebabkan tahap angau dia boleh bawak ke tahap meracau, aku akan pastikan sebelum makan baca doa penuh. Moga dijauhkan dari syaitan yang direjam.

Kalau nak cuba, boleh cari area Dataran Mentari, tepi pagar flat, berhadapan dengan shell.

Nak makan jangan lupa baca doa penuh. Takut angau.



*******
"Aku berlindung kepada Allah dari Syaitan yang direjam" 

*******

So far, dah baca doa penuh pun, masih berantu. Kira memang power lar kot.

Sekian.